Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kes Rogol Bekas EXCO...

PUTRAJAYA - Perbicaraan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia yang dihadapi bekas EXCO...

Ada Pasukan Guna Keluarga...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mendakwa ada pasukan bola...

Bayi Disamakan Dengan Ayam,...

IBU muda ini, Shannon Kelly mahu berkongsi kegembiraan dengan memuat naik gambar bayinya...

Harga Turun Sebab Kuasa...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menegaskan penurunan harga...

Kamera AES Dirosakkan Lagi Di Lebuhraya Utara Selatan

TANGKAK – Sebuah kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 151.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, sekali lagi dirosakkan, pagi tadi.

Ia adalah kejadian kedua berlaku selepas sistem penguatkuasaan trafik di lokasi yang sama dirosakkan pada 10 September lalu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri, berkata kejadian itu disedari oleh Polis Bantuan pihak konsensi lebuh raya terbabit pada jam 7.12 pagi tadi ketika membuat rondaan di laluan berkenaan.

“Ketika pasukan Polis Bantuan PLUS membuat rondaan di laluan terbabit pada jam 5.30 pagi tadi, tiang yang menempatkan AES itu masih lagi berada di tempatnya dalam keadaan baik.

“Bagaimanapun, rondaan pada jam 7.12 pagi mendapati peralatan itu tumbang dan dirosakkan. Tiang AES itu juga dipotong pada ketinggian 0.3 meter dari tapaknya.

“Kotak kamera dipecahkan dan beberapa komponen di dalamnya seperti kamera AES, komputer dan kotak memori juga hilang,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Mohad Idris berkata, kerugian dianggarkan bernilai kira-kira RM250,000.


“Pihak polis tidak menolak kemungkinan kerosakan ini dilakukan oleh pihak yang sama berikutan modus operandi sama seperti kejadian pada 10 September lalu,” katanya.

Beliau berkata, difahamkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), yang juga pihak yang mengendalikan sistem AES terbabit, sudah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kejadian berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mohad Idris meminta saksi kejadian khususnya pengguna lebuh raya terbabit yang melihat kejadian berkenaan supaya tampil membantu siasatan dengan membuat laporan di balai polis berhampiran. -BHARIAN

  • Lagi berita berkaitan:
  • AES

Kategori