Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Proses Pengundian Awal PRN...

KOTA KINABALU - Proses pengundian awal melibatkan anggota polis, tentera dan pasangan mereka...

Lelaki Tanam Kereta Belakang...

BEIJING - Seorang lelaki yang melakukan kesalahan langgar lari, menanam keretanya di belakang...

‘Pelamin Angan’ Musnah, Hanya...

Tidak semua beruntung merasai dan menikmati keindahan cinta sejati ala-ala kisah dongeng Cinderella.Ini...

Mustapa Diberi Mandat Runding...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi mandat...

Kalimah ALLAH: Polis Siasat Kenyatan Lim Guan Eng

GEORGETOWN -Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengenai penggunaan kalimah Allah disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada sembilan individu dan tidak menolak kemungkinan memanggil beberapa pihak lagi bagi membantu siasatan kes itu.

Polis Pulau Pinang menerima sembilan laporan daripada pelbagai pihak berhubung kenyataan Lim yang dilapor membenarkan orang bukan Islam di negeri ini menggunakan kalimah Allah, katanya.

Abdul Rahim berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Sehari Polis Kontinjen Pulau Pinang Bersama Masyarakat di sini, hari ini.


Jumaat lepas, beberapa portal melaporkan kenyataan Lim yang membenarkan orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.

Lim juga dilapor berkata larangan penggunaan kalimah Allah, yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004, tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori