Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Poster KJ Di Instagram...

Poster yang dikongsi Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin di Instagram hari ini, yang menggesa...

Perkukuh Ekonomi Digital, Jadikannya...

KUALA LUMPUR - Langkah mengadaptasi ekonomi digital dan inovasi berterusan terbukti memerlukan masa...

Pekin Ibrahim Terkejut Disangka...

TIADA angin, tiada ribut, di laman sosial Twitter sejak semalam kecoh khabar angin...

Penggantungan Muhyiddin Sebagai Timbalan...

PASIR SALAK - Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO menggantung Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden...

Kakitangan Pusat Sains Negara Maut Dirempuh Lori

ALOR SETAR – Seorang kakitangan Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara di sini, maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah lori treler ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Pekan Alor Janggus, di sini, pagi tadi.

Ketika kejadian mangsa, Sharifah Suriani Syed Mahadzir, 24, dari Kampung Hilir, Kubang dikatakan berada di hadapan lori berkenaan sebelum dirempuh lori itu sebaik lampu isyarat bertukar hijau kira-kira pukul 9 pagi.

Menurut bapa mangsa, Syed Mahadzir Syed Ahmad, 57, Allahyarham anaknya dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum dilanggar lori berkenaan dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Allahyarham anak keempat daripada enam beradik merupakan pelajar lulusan Ijazah Sarjana Sains Maklumat Perpustakaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok yang baru menamatkan pengajiannya Julai tahun lalu.

“Allahyarham juga baru bekerja di Pusat Sains tersebut tidak sampai setahun dan sedang menunggu hari konvokesyen yang dijadualkan pada Mei ini,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Mahadzir berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Kampung Hilir, Kubang Rotan dan akan dikebumikan di kawasan perkuburan Islam di kampung itu selepas Asar.


Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata, kejadian berlaku kira-kira 8.55 pagi tadi di persimpangan lampu isyarat Pekan Alor Janggus.

Ia berlaku apabila mangsa yang berada di hadapan lori (lorong kanan) dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lori treler yang turut hendak membelok ke kanan menyebabkan mangsa terjatuh dan maut di tempat kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu menyebabkan kematian. – BERNAMA

Kategori