Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wan Hashim Mulakan Kayuhan...

KOTA BHARU - Warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood, 73, bersemangat memulakan cabaran...

Awas Maklumat Risikan &...

KUALA LUMPUR - PAS meminta umat Islam supaya berhati-hati dengan maklumat risikan reka...

Bank Ditipu, Lulus Pinjaman...

PETALING JAYA - Penyalahgunaan identiti semakin berleluasa, malahan identiti orang mati juga disalah...

Azam Baki Timbalan Ketua...

KUALA LUMPUR - Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam...

Kakitangan Hospital Semporna Cedera, Ambulans Terbabas

TAWAU – Tiga kakitangan Hospital Semporna cedera apabila ambulans dinaiki mereka bersama seorang doktor terbabas di Kilometer 57 Jalan Tawau-Semporna dekat sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, seorang lelaki iaitu pemandu ambulans berumur 35 tahun patah tulang punggung dan bahu kiri manakala seorang jururawat wanita berusia 27 tahun patah tulang belakang serta luka di kepala.

Tambahnya, seorang penolong pegawai perubatan lelaki berusia 25 tahun turut cedera di dahi dan seorang doktor lelaki bagaimanapun tidak cedera.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu ambulans yang gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas dan jatuh ke bawah tebing jalan sebelah kiri (arah menuju ke Semporna).

“Kemalangan berlaku ketika ambulans dinaiki empat staf Hospital Semporna itu sedang dalam perjalanan dari Hospital Tawau menuju ke Semporna,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Fadil berkata semua mangsa dikejarkan ke Hospital Tawau dan ambulans yang kemalangan itu mengalami kerosakan di bahagian kiri kenderaan. – BERNAMA

Kategori