Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PSM Seru Pakatan Lancar...

KUALA LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) kesal kerana Pakatan Harapan masih belum...

Filipina Belum Sahkan Status...

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa Filipina masih belum memberi pengesahan mengenai status kerakyatan...

KFA Naikkan Harga Tiket...

ALOR SETAR - Harga tiket bagi menyaksikan semua perlawanan bola sepak di Stadium...

Bahasa Melayu Dalam Urusan...

KUALA LUMPUR: Langkah berani yang diambil oleh kerajaan untuk menggunakan bahasa Melayu bagi...

Kaki Judi Kena Cekup, Rampas RM150,000

MUAR – Polis menahan 17 kaki judi yang leka bermain judi dadu dalam satu serbuan di belakang sebuah tokong Cina di Bukit Pasir di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, antara yang ditahan dalam serbuan 4.30 petang itu membabitkan beberapa warga emas termasuk wanita berumur 61 hingga 73 tahun.

“Turut dirampas wang tunai bernilai RM151,892 dan cip judi bernilai RM70,185.

“Kaki judi ini menjadikan belakang tokong itu sebagai tempat baharu bagi mengaburi mata pihak berkuasa namun taktik itu tidak berjaya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Azman berkata, serbuan itu juga membabitkan beberapa anggota daripada Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang telah membuat intipan sebelum itu.

Katanya, kesemua yang ditahan membabitkan 12 lelaki berumur antara 49 hingga 63 tahun, empat wanita warga emas berumur 61 hingga 73 tahun dan seorang wanita warga Vietnam berumur 27 tahun.


Beliau berkata, lapan daripada kaki judi itu juga mempunyai beberapa rekod jenayah lampau membabitkan perjudian serta jenayah lain, namun ujian air kencing mereka negatif dadah.

“Polis turut merampas beberapa peralatan permainan judi itu dan kesemua mereka ditahan reman sehingga 2 Jun ini,” katanya.

Azman berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara
tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, sebanyak 472 pendatang asing tanpa izin ditahan di daerah ini sejak 1 Jan hingga 27 Mei lepas atas pelbagai kesalahan Akta Imigresen. Rakyat Indonesia yang paling banyak ditahan iaitu 137 orang, Thailand (123 orang), Vietnam (79), Myanmar (52), China (19), Nepal (lapan) dan India (empat), katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori