Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tunjuk Kesatuan UMNO Semporna...

SEMPORNA - Pemangku Ketua Bahagian UMNO Semporna Datuk Seri Nasir Tun Sakaran mahu...

Khalid Mahu Saman Najib,...

SHAH ALAM - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad akan mengambil tindakan...

Bayi ‘Telan’ Ular Hidup-Hidup...

AJAIB... Seorang bayi perempuan hanya mengalami masalah membuang air besar dan sering muntah-muntah...

Projek Tambak Laut: 3...

Tiga ahli parlimen Melaka telah menulis surat kepada Jabatan Alam sekitar (JAS) untuk...

Kaji Semula Peranan Pemandu Dalam Kerajaan

KUALA LUMPUR – Kerajaan harus mengkaji semula peranan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) kerana ia bertindih dengan peranan kementerian tertentu, kata seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pada Rabu.

Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baharu) mendakwa kementerian tertentu berpendapat bahawa Pemandu telah mengambil alih peranan mereka sehingga menyebabkan berlaku perselisihan faham diantara mereka.
“Tidak ada komunikasi yang baik dengan kementerian. Terdapat banyak pertindihan dan arahan tidak jelas,” katanya.

Jelas beliau, situasi itu menyebabkan ketidakcekapan dalam pentadbiran negara.

Abdul Aziz berkata, Pemandu perlu menjadi sebahagian daripada keseluruhan sistem yang tidak berlaku pada masa ini.


“Sebagai contoh, apabila Pemandu mengeluarkan laporan mengenai standard cara hidup rakyat Malaysia, ia amat berbeza dengan apa yang diperkatakan oleh Kementerian Kewangan atau Bank Negara.

“Ini mewujudkan kekeliruan, bukan sahaja di kalangan rakyat, tetapi juga kakitangan kerajaan ketika melaksanakan perancangan tertentu,” katanya.

Pemandu adalah satu unit dibawah Jabatan Perdana Menteri yang menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahcara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori