Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Priyanka Gesa Dunia Bantu...

DHAKA - Bintang Bollywood, Priyanka Chopra menggunakan kemasyhurannya bagi menarik pemimpin dunia dan...

Penarik Kereta Dijel Simpan...

KUALA LUMPUR - Padah menyimpan sebuah motosikal curi dan mencuri sebuah bateri kereta, seorang...

Jerebu: Siti Nurbaya Jangan...

KUALA LUMPUR - Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Dr. Siti Nurbaya Bakar...

Video Seks: Terserah Peguam...

KUALA LUMPUR - Hanya Peguam Negara yang akan menentukan tindakan berhubung siasatan video...

Kaji Cara Percepat Bayaran Kontraktor Pan Borneo

KUCHING – Kerajaan akan meneliti prosedur dalamannya bagi mencari jalan untuk membolehkan kontraktor terlibat dengan projek Lebuhraya Pan Borneo mendapat bayaran dalam masa dua atau tiga bulan sahaja.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerajaan perlu bersikap amat berhati-hati berhubung perkara itu kerana ia berurusan dengan dana awam yang besar jumlahnya.

“Kadang-kadang, oleh kerana terdapat prosedur yang melibatkan banyak pihak, daripada jawatankuasa teknikal projek hinggalah kepada juruukur bahan, jurutera awam, juruperunding yang perlu mengesahkan tuntutan dan perkara lain, pembayaran mengambil masa agak lama untuk dijelaskan, ada yang sampai empat bulan.

“Saya akan bawa perkara ini kepada Kementerian Kewangan mengenai bagaimana caranya agar pembayaran boleh dipercepatkan supaya kontraktor tidak menghadapi isu aliran tunai yang serius,” katanya selepas merasmikan program Pan Borneo Market Outreach anjuran SME Bank untuk kontraktor kecil tempatan yang terlibat dengan kerja pembinaan di sini hari ini.

Beliau berkata kelewatan pembayaran boleh menjejaskan kontraktor dan pelaksanaan projek itu yang dijadualkan siap pada 2022.

“Sebarang kelewatan dalam pelaksanaan projek ini memberi kesan kepada kerajaan juga. Kami ingin mengelak perkara ini kerana akhirnya, kami juga yang perlu menyerap sebarang kos tambahan,” katanya.

Fadillah juga menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa kerajaan tidak mempunyai dana mencukupi untuk menjelaskan bayaran bagi pembinaan projek lebuh raya itu yang melibatkan kos RM16 bilion (di bahagian Sarawak).


“Kerajaan memperuntukkan RM5 bilion, manakala selebihnya adalah daripada badan pembiayaan kerajaan persekutuan, DanaInfra Nasional.

“Oleh itu, dananya memang ada dan siap untuk digunakan,” kata beliau.

Terdahulu, dalam ucapannya, Fadillah berkata untuk projek berkenaan, setakat ini kerajaan telah menyerahkan kontrak daripada Borneo Highway PDP Sdn Bhd dan Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) Sdn Bhd kepada 47 kontraktor tempatan Kelas F dan 35 kontraktor Kelas A.

Katanya, adalah menjadi dasar kerajaan untuk memastikan kontraktor Bumiputera terlibat dalam 30 peratus projek pembinaannya. Beliau gembira kerana SME Bank aktif membantu mereka melalui pakej pembiayaan khasnya. – BERNAMA

Kategori