Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kren Tumbang Lagi Di...

LIMA buah kenderaan diletakkan di kawasan parkir depan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)...

Mangsa Ke-11 Insiden Tembakan...

GLOBAL | Mangsa kesebelas kejadian tembakan di Monterey Park di California, Amerika Syarikat...

45 Pengganas Warga Asing...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 45 warga asing dipercayai terbabit...

Model Ekonomi Malaysia Kini...

KETIKA ini di Iran sekarang, jutaan rakyat miskin turun ke jalan untuk berdemonstrasi...

KAFA Isi 2 Jawatan Dengan Individu Berkomitmen Tinggi

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengisi dua kekosongan jawatan naib presiden persatuan itu dengan individu berkomitmen tinggi serta mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan kepada mereka dengan berkesan.

Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan berkata dua jawatan itu kosong selepas penyandangnya sebelum ini iaitu Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali dan Datuk Nik Izani Nik Ibrahim meletak jawatan Julai lalu.

“Mesyuarat Exco yang diadakan semalam bersetuju menerima peletakan jawatan kedua-dua individu terbabit dan kita akan isi kekosongan tersebut mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan Mohd Aizuddin dan Nik Izani meletak jawatan dalam KAFA kerana tiada kesefahaman dan kata sepakat dalam menguruskan persatuan tersebut.

Bibi Ramjani berkata KAFA akan menjalankan pengundian bagi kedua-dua jawatan berkenaan dijangka akan diadakan pada 29 Sept depan.

Dalam perkembangan lain, Bibi Ramjani berkata kempen Piala Malaysia yang sedang berlangsung sekarang merupakan peluang terbaik kepada The Red Warriors bagi mengembalikan keyakinan penyokong kepada pasukan.


Beliau berkata ia sekaligus dapat meningkatkan kehadiran penonton ke Stadium Sultan Muhammad ke-IV ketika The Red Warriors beraksi di gelanggang mereka sendiri.

Sejak beberapa tahun kebelakangan kehadiran penyokong ke Stadium Sultan Muhammad tidak semeriah dahulu berikutan prestasi pasukan yang kian merosot selepas bergelar juara treble dalam saingan Liga Malaysia pada 2012. – BERNAMA

Kategori