Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Berselfie Tanpa Henti Hingga...

Kuala Lipis - “Kak Yong gembira pada Ahad lalu selain tidak berhenti berselfie...

PPBM, PAS Bakal Bincang...

PUTRAJAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan mengadakan perbincangan dengan Pas dalam...

WOW! Tuah Popular, King...

'TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?' - peribahasa ini...

Exclusive Farm Lifestyle @...

IMAGINE living in an exclusively-designed, modern farm house with a 5-acre plot of...

KAFA Bakal Uji Dua Pemain Import Dari Brazil

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan menguji dua pemain import dari Brazil, dalam usaha untuk memantapkan pasukan Kelantan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Setiausaha Agung KAFA Hussin Deraman berkata dua pemain import berkenaan yang kini sudah berada di sini, ialah pemain pertahanan Cassio Francisco De Jessus, 28, dan penyerang Thiago Furtuoso Dos Santos, 30.

“Kedua-dua pemain itu sebelum ini beraksi dalam Liga Indonesia, mewakili kelab Simen Padang (Cassio Francisco) dan Madura United (Thiago Furtuoso),” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hussin berkata kedua-dua pemain itu akan dinilai oleh panel kejurulatihan KAFA bagi menentukan sama ada mereka layak atau sebaliknya menyarung jersi The Red Warriors (TRW).

Selain dua pemain itu, beliau berkata seorang lagi pemain import dari Brazil juga berminat diuji bersama pasukan Kelantan tidak lama lagi.


“Setakat ini, hanya Magaro Gomis (Perancis) dan Do Dong-Hyun (Korea Selatan), pemain import yang sudah mengikat kontrak bersama KAFA bagi memperkuatkan pasukan musim depan,” katanya.

Beliau berkata dua pemain import musim lepas, Seydi Imam (Senegal) dan Abou Bark Al-Mel (Lubnan) yang masih mempunyai baki kontrak bersama TRW, akan dinilai semula dan mereka perlu membuktikan kemampuan sekiranya mahu kekal bersama pasukan berkenaan, musim depan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KAFA

Kategori