Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

“Syed Abdullah Diajak Duduk...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan...

Pesilat Remaja Maut Dalam...

SATU rakaman video yang memaparkan seorang pesilat remaja maut akibat digelek lori pikap...

Pelumba Basikal Malang Dirempuh...

DUBLIN - Gambar luar biasa ini menunjukkan detik-detik seekor rusa melintas jalan dan...

Arab Saudi Bina Bandar...

LONDON - Arab Saudi mengumumkan akan membina projek perbandaran mega bernilai RM2.1 trilion...

Kadar Taburan Hujan Banyak Punca Banjir Di Kerian

BAGAN SERAI – Punca banjir di beberapa buah kampung di daerah Kerian adalah berikutan jumlah taburan hujan yang banyak di bahagian hulu sungai di Ijok, Selama dan Pondok Tanjung sejak beberapa hari lalu.

Pengerusi Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri berkata keadaan itu menyebabkan paras air Sungai Kerian naik secara mendadak seterusnya mengakibatkan banjir sejak Jumaat lalu.

“Paras air semakin meningkat dan memasuki rumah penduduk dengan paras sehingga 0.7 meter seterusnya memaksa mereka dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS),” katanya kepada pemberita di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak di sini, hari ini.

Seramai 38 mangsa daripada sembilan keluarga dari enam kampung kini menghuni PPS di SK Changkat Lobak sejak semalam.

Enam kampung terbabit ialah Kampung Matang Tengah, Kampung Selekoh, Kampung Parit Simpang Empat dan Kampung Parit Simpang 5, Kampung Tebuk Panchur dan Kampung Samagagah.

Mohd Sabli berkata banjir turut menyebabkan jalan utama menghubungkan Alor Pongsu dan Selama di Kilometer 15.1 terputus hubungan dan ditutup kepada kenderaan ringan.

“Sekiranya kadar taburan hujan di bahagian hulu sungai bertambah dan air yang keluar ke sungai semakin kurang, mungkin bilangan kampung terjejas banjir akan meningkat dan pihak kami kini dalam keadaan berjaga-jaga,” katanya.

Beliau berkata pihaknya sudah mempersiapkan dua PPS iaitu SK Bukit Merah dan SK Alor Pongsu untuk diguna sekiranya keadaan banjir semakin buruk.


“Cuma kita agak bernasib baik apabila Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kerian memaklumkan paras air Kolam Bukit Merah masih normal ketika ini kerana ia dilepaskan ke sawah padi di seluruh daerah Kerian untuk tanaman padi,” katanya.

Sementara itu, Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan, Abdul Yunus Jamhari berkata kerajaan negeri akan meminta JPS memantau setiap struktur ban melibatkan projek Rancangan Tebatan Banjir(RTB) Lembangan Sungai Kerian yang bermasalah.

Katanya terdapat aduan bahawa beberapa ban di kawasan Kampung Matang Tengah, di sini dan Kampung Ban Abu Hassan perlu dibaik pulih dengan segera.

Beliau juga berkata pembinaan RTB Kerian juga perlu dikaji semula kerana tidak mahu ia dilaksana dengan kos jutaan ringgit tetapi akhirnya gagal membendung masalah banjir yang kerap melanda Bagan Serai, katanya. – BERNAMA

Kategori