Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

4 Pemancing Diselamatkan APMM...

LABUAN - Empat pemancing yang hanyut di laut lebih 20 jam apabila enjin...

Timbalan Ketua Wanita PKR...

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Haniza Mohamed Talha...

Jual Produk Guna Elemen...

SESUATU produk itu akan laris di pasaran sekiranya kempen promosi, pemasaran dan pengiklanannya...

Seleweng Dana PRU14: SPRM...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita beberapa lagi aset berharga...

Kadar Levi Baharu Pekerja Asing Berkuat Kuasa Hari Ini

PUTRAJAYA – Penstrukturan dan penyelarasan sistem levi baharu pekerja asing yang mengekalkan pengklusteran levi kepada dua kategori, berkuat kuasa hari ini di Semenanjung Malaysia sahaja.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata kadar levi baharu bagi Kategori Pertama yang merangkumi sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan ialah RM1,850, manakala Kategori Kedua membabitkan sektor perladangan dan pertanian pula sebanyak RM640.

Beliau berkata kadar baharu itu melibatkan peningkatan bayaran levi sebanyak RM600 bagi sektor perkilangan dan pembinaan serta masing-masing RM230 dan RM50 bagi sektor pertanian dan perladangan.

“Kenaikan kadar levi itu yang berbeza mengikut sektor juga bersesuaian dengan kadar pendapatan atau imbuhan yang ditawarkan melalui pekerjaan di dalam sektor-sektor ini,” kata Alwi dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, kadar levi baharu itu diumumkan berkuat kuasa pada 1 Feb dengan levi pekerja asing bagi sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan ialah RM2,500 manakala sektor perladangan dan pertanian pula RM1,500.

Tetapi, pelaksanaannya ditangguhkan setelah tidak menerima sambutan baik daripada pihak industri terutamanya yang berintensifkan buruh.

Susulan itu, Alwi berkata kadar levi itu dikaji semula berikutan maklum balas yang diterima pada perjumpaan Kementerian Dalam Negeri dengan 28 persatuan utama yang mewakili majikan pada 16 Feb lepas, bahawa kenaikan kadar levi itu terlalu mendadak dan kemungkinan merencatkan momentum perniagaan dalam suasana ekonomi yang tidak menentu.

Beliau berkata kadar levi baharu itu diyakini masih kompetitif dan merupakan balasan setimpal kerana pekerja asing turut menikmati kemudahan dan infrastruktur yang disediakan kerajaan.


“Kerajaan berpendapat bahawa ini merupakan kadar yang optimum pada masa ini bagi memastikan perkembangan ekonomi tidak terganggu dan objektif kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan kepada industri intensif buruh dapat dicapai.

“Industri juga disarankan untuk mengambil langkah lebih proaktif untuk beralih kepada usaha automasi atau mekanisasi,” katanya.

Alwi berkata penangguhan pengambilan pekerja asing baharu juga akan dikekalkan hingga ke masa yang akan ditentukan kelak.

Kerajan juga akan memberikan tumpuan kepada ‘Program Rehiring’ yang disiarkan mulai 15 Feb lepas hingga 30 Jun ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori