Kabinet Malaysia Tidak Boleh Dipercayai – Nurul Izzah

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar mendakwa Kabinet Malaysia tidak boleh diberi kepercayaan untuk membuat keputusan berhubung Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Nurul Izzah mendakwa, hak membuat keputusan itu mesti diberi kepada Ahli-ahli Parlimen yang turut terdiri daripada parti pembangkang walaupun ia tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kabinet tidak boleh dipercayai bulat-bulat dengan tanggung jawab ini yang akan memberikan kesan kepada masa depan rakyat Malaysia,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nurul Izzah bagaimanapun mengakui menurut Perlembagaan Negara dan peruntukan undang-undang, mana-mana perjanjian perdagangan negara hanya memerlukan kelulusan Kabinet.

“Harus diingat perbahasan dan pengundian TPPA `wajib’ berjalan dengan penuh keterbukaan dan bukanlah mengejar masa 90 hari,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Loading...