Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bayi Dipercayai Mangsa Dera...

SIBU - Bayi lelaki yang kritikal selepas dipercayai didera pengasuhnya di Taman Permai...

Ambil Pengajaran Daripada Kes...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat mengambil pengajaran daripada...

Jualan Tiket Piala FA...

KUANTAN - Penjualan tiket di Stadium Darul Makmur, di sini hari ini, untuk...

TM Ulangi Sokongan Terhadap...

KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Bhd (TM) mengulangi sokongannya terhadap aspirasi kerajaan berhubung...

Kabel Yang Mengubah Peranti Samsung Menjadi Power Bank?

Power bank ialah aksesori yang semakin popular dan perlu dimiliki oleh pemilik peranti pintar.

Ini adalah kerana gabungan kapasiti bateri yang tidak selari dengan kekuatan pemproses serta isyarat telefon di Malaysia yang tidak stabil membuatkan hayat peranti anda menjadi pendek.

Samsung kini menghasilkan kabel khas Samsung Power Sharing yang membolehkan peranti mereka berubah menjadi sebuah power bank ketika kecemasan.

Buat masa ini kabel ini hanya boleh digunakan oleh Galaxy Note 4, Galaxy Avant, Galaxy Alpha,Galaxy Tab S 10.5, Galaxy Tab S 8.4, Galaxy S5 dan Galaxy S4.

Kabel ini sebenarnya disasarkan untuk kegunaan bersama dengan jam pintar Samsung yang mempunyai kapasiti bateri yang kecil.

samsung too 3


Pengecasan peranti yang disambung dikawal menggunakan aplikasi khas bagi memastikan peranti yang mengecas tidak disedut kesemua simpanan baterinya.

Dengan wujudnya Power Sharing nampaknya Samsung mula belajar mewujudkan fungsi yang sebelum ini hanya terdapat pada kebanyakkan peranti buatan China.

Sememangnya kabel ini sangat membantu kan, harga seunit dijangkakan dalam RM75 sebuah.

Sumber: SAMSUNG

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori