Kisah Kahwin Bayu Kumbara, Jennifer Brocklehurst

JAKARTA – Bayu Kumbara, sebelum ini telah hangat di media Indonesia tahun lalu apabila lelaki itu yang berasal dari Padang mengahwini wanita Inggeris pujaan hatinya yang bernama Jennifer Brocklehurst.

Malahan, khabarnya kisah perkahwinan itu menjadi sensasi apabila dia menulis luahan ‘surat terbuka’ menerusi akaun Facebook-nya sebagai susulan atas berita panas perkahwinannya itu.

Pada surat tersebut, Bayu Kumbara mendedahkan perkahwinan antara warga Indonesia dengan warga negara asing bukanlah perkara baharu. Perkahwinannya itu sebaliknya menimbulkan kekecohan kepada netizen.

664xauto-apa-kabar-bayu-kumbara-dan-jennifer-160207g bayu-tak-menyangka-x8o1 jamu-mertua-x8o9

Katanya: “Bukan sekarang isunya tetapi sejak dahulu lagi. Mungkin ketika zaman penjajahan sudah ada perkahwinan campur sedemikian.”

Dalam surat terbuka itu, Bayu Kumbara menyindir kepada media tempatan yang seolah-olah cuba memalukan dirinya dengan melibatkan pihak lain dalam perkahwinannya itu.

“Saya yang paling tahu apa yang berlaku,” katanya jujur.

Selain itu, Bayu Kumbara bakal memberikan maklumat lanjut mengenai kisah dirinya.

Dalam pada itu, dia kini bersama-sama keluarga pihak isterinya yang sedang bercuti di Padang, kerana tidak ingin mengganggu kehidupan mertuanya.

Susulan berita perkahwinan campur dirinya itu, beberapa foto pernikahan Bayu Kumbara dengan Jennifer menerusi akaun Facebooknya tidak lagi dimasukkan. – MYNEWSHUB.CC

Loading...