Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Pemuda Sangkal Pelancaran ECRL...

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang hari ini menyangkal dakwaan majlis pecah tanah Projek...

Budak Perempuan 3 Tahun...

LUMRAH kanak-kanak, adakalanya terlalu aktif sehingga menyebabkan sesuatu perkara yang tidak dijangka boleh...

Dr Mahathir Keluar IJN

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut...

Tiada Kenaikan Harga Kelengkapan...

KANGAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis tidak...

Jurutera JKR Ditahan Kerana Salah Guna Kuasa

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang jurutera di Jabatan Kerja Raya Daerah Kulai selepas disyaki menyalahgunakan kuasa serta kedudukan untuk kepentingan diri sendiri.

Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira 1 tengah hari tadi ketika hadir memberi keterangan berhubung siasatan yang dijalankan SPRM terhadap dirinya di ibu pejabat SPRM di sini.

Menurut sumber SPRM, suspek dipercayai telah menganugerahkan beberapa projek kerja memotong rumput dan pembersihan di beberapa lokasi di daerah berkenaan kepada abangnya.

Siasatan awal mendapati, keseluruhan projek yang dianugerahkan kepada abangnya itu bernilai hampir RM20,000.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Johor Bahru esok untuk pertuduhan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori