Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Nad Zainal Kembali Berlakon...

PELAKON Nad Zainal memberitahu dia sudah kembali berlakon selepas berehat kira-kira tujuh bulan...

Waris Perlu Tampil Jika...

REMBAU – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meminta waris kepada peminjam tabung...

Polis Kesan Pisau Bunuh...

JOHOR BAHRU – Polis sedang mengesan pisau yang digunakan untuk menikam mangsa dalam...

Tiada Ancaman Militan Di...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Jurutera Bersalah Terima 16 Suapan Lebih RM40,000

KOTA BHARU – Seorang jurutera Tenaga Nasional Berhad (TNB) dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda berjumlah RM236,000 oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu di sini, selepas didapati bersalah terhadap 16 pertuduhan menerima suapan dalam bentuk barangan dan wang tunai bernilai RM40,248.03.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin membuat keputusan tersebut selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kesemua 16 pertuduhan yang dihadapi Mohd Asrul Hisyam Setapa, 32.

Bagi setiap pertuduhan daripada yang pertama hingga ke 16, dia dikenakan hukuman penjara masing-masing tiga tahun bagaimanapun Hakim Ahmad Bazli memerintahkan hukuman penjara bagi kesalahan pertama hingga 12 itu dilaksanakan serentak bermula hari ini.

Bagi pertuduhan ke 13 hingga 16 hukuman penjara juga serentak berkuatkuasa setelah Mohd Asrul Hisyam selesai menjalani hukuman penjara bagi kesalahan pertama hingga 12.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi bermula 4 April 2016 hingga 22 Ogos 2016 di sini.

Mohd Asrul Hisyam dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak melebihi lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.


Hakim Ahmad Bazli membenarkan pelaksanaan hukuman tersebut ditangguhkan susulan permohonan peguam yang mewakili Mohd Asrul Hisyam iaitu Azrul Zulkifli Stork kerana mahu memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi.

Sehubungan itu, mahkamah membenarkan Mohd Asrul Hisyam diikat jamin sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan dia melapor diri setiap bulan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM Kelantan Shahidah Muslimah Roslan. – BERNAMA

Kategori