Jurunilai ASEAN Dapat Bantu Buka Lebih Peluang Ekonomi

LANGKAWI – Persatuan Jurunilai ASEAN (AVA) boleh mempromosikan profesion mereka sebagai cara untuk membuka lebih banyak peluang ekonomi di rantau ini, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata AVA boleh membuka peluang untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran serta menyediakan peluang pekerjaan terutamanya dalam infrastruktur, pembuatan dan pertanian.

Bercakap pada perasmian mesyuarat Prakongres AVA Ke-19 di sini hari ini, beliau berkata pembangunan ekonomi yang pesat memerlukan pembangunan dalam profesion penilaian kerana ekonomi pasaran baru memerlukan pelbagai jenis pembaharuan untuk memastikan integriti, kebebasan dan ketelusan dalam penilaian.

Beliau berkata, ini hanya boleh dicapai jika pengamal menggunakan standard umum yang diiktiraf bersama dan diterima oleh pelabur, negara anggota dan pelanggan antarabangsa.

“AVA boleh mewujudkan platform untuk perangkaian, berkongsi idea dan memudahkan pemahaman tentang pasaran hartanah serantau dan urus niaga rentas sempadan,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.