Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PPM Tahan 37 PATI...

SANDAKAN - Pasukan Polis Marin (PPM) di sini menahan sebanyak 37 Pendatang Asing...

Premium Nominal Bantu Pemilikan...

MELAKA – Penetapan premium nominal RM1,000 bagi menukar status tanah kediaman daripada pajakan...

Kesihatan Juga Aset Utama...

SEREMBAN - Pepatah Melayu ada menyatakan 'sediakan payung sebelum hujan' manakala pepatah Inggeris...

Sri Lanka Haramkan Baja...

COLOMBO - Sri Lanka melarang kemasukan kapal China membawa baja organik yang sangat...

Jurulatih Harimau Malaya Berkelas Sederhana – TMJ

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melahirkan rasa kesal diatas kegagalan pasukan Malaysia memenangi sebarang perlawanan bola sepak di luar negara petang ini.

Baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menyifatkan persembahan dua skuad Harimau Malaya di Indonesia dan Korea Selatan sangat kelam kabut.

Menurut baginda, keputusan petang tadi jelas menunjukkan bahawa bagus atau tidak pemain sesebuah pasukan bola sepak adalah bergantung kepada jurulatih mereka.

Sehubungan itu, Tunku Ismail melahirkan rasa sedih pembangunan bola sepak Malaysia diletakkan di tangan jurulatih yang baginda dakwa sebagai berkelas sederhana.

“Apa yang kita saksikan hari ini adalah satu persembahan yang kelam kabut penuh dengan kesilapan ‘ball-passing’ dan kurangnya pemahaman dalam kalangan pemain. Kami menunggu dengan penuh kesabaran untuk melihat kemajuan namun akhirnya kecewa lagi untuk kesekian kalinya apabila pemain sekadar beraksi pada paras sederhana.


“Ia kini jelas menunjukkan bahawa bagus atau tidak pemain adalah bergantung kepada jurulatih mereka dan sedihnya apabila pembangunan bola sepak diletakkan di tangan jurulatih berkelas sederhana ianya menjejaskan standard bola sepak pada masa ini dan juga masa depan bola sepak Malaysia,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perlawanan petang ini pasukan senior Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh tumpas 2-0 ditangan Indonesia dalam siri persahabatan Kejohanan AFF yang akan berlangsung di Singapura bermula 23 November depan.

Manakala skuad Bawah 23 Harimau Malaya kendalian Datuk Ong Kim Swee tewas 0-3 ditangan pasukan Korea Selatan dalam perlawanan yang berlangsung Incheon bagi Sukan Asia 2014. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori