Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pramugara Parah Kereta Dipandu...

SEREMBAN - Seorang pramugara cedera parah selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas...

Waytha Moorthy Akui Lobi...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy mengingatkan...

Lelaki Campak Bayi Kerana...

Seorang lelaki tergamak membunuh bayinya yang berusia empat bulan dengan mencampaknya dari tingkap...

Anifah Fail Semakan Keputusan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anifah Aman akan memfailkan permohonannya untuk semakan terhadap...

Juruelektrik Dipenjara 12 Bulan Simpan Kenderaan Curi

KUALA LUMPUR – Seorang jurueletrik dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga pertuduhan termasuk menyimpan kenderaan curi milik pelajar kolej.

Majistret Zuraini Abdul Razak menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammed Rahiezzal Faried Rosland, 28, selepas dia mengaku bersalah terhadap ketiga tiga pertuduhan itu.

Bagi pertuduhan pertama, Mohammed Rahiezzal Faried didakwa menyimpan sebuah kenderaan Proton Satria milik seorang pelajar kolej, Lim Jack Kee, 23, di tepi jalan 35, Taman Salak Selatan Baru, Cheras, di sini pada 9.30 pagi, 26 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun dan denda.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki empat kad Touch N Go, satu peranti Smart Tag dan satu sijil kelahiran milik individu lain yang dipercayai sebagai barang curi, pada tarikh dan waktu yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.


Mohammed Rahiezzal Faried juga didakwa gagal menunjukkan kad pengenalan diri atau sebarang dokumen pengenalan sementara, juga pada tarikh dan waktu yang sama mengikut Peraturan 7 (1) yang boleh dipenjara maksimum tiga tahun dan denda maksimum RM20,000.

Bagi pertuduhan pertama dia dihukum penjara lapan bulan manakala bagi pertuduhan kedua dan ketiga dia dijatuhi hukuman penjara masing-masing dua bulan.

Zuraini memerintahkan tertuduh menjalani ketiga-tiga hukuman itu secara berasingan dari tarikh dia ditangkap pada 26 Mac lepas.

Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukuman kerana dia berpendapatan rendah serta perlu menanggung isteri yang tidak bekerja dan seorang anak.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Najwa Bistamam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori