Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lebih 500 Orang Sertai...

LANGKAWI - Sebanyak 580 pegawai dan anggota pelbagai jabatan dan agensi kerajaan menyertai...

Ustaz Kazim Antara Dilarang...

GEORGETOWN : Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) hari ini mengeluarkan surat...

Bekalan Elektrik Masih Terputus...

PATTANI - Bekalan elektrik di sebahagian besar wilayah Pattani selatan Thailand masih terputus,...

TLDM Perintis Sijil Ikrar...

KUALA LUMPUR - Dalam memantapkan strategi memerangi rasuah dan meningkatkan urus tadbirnya, Tentera...

Jumlah Mangsa Banjir Di Teluk Intan Meningkat 359 Orang

IPOH – Jumlah mangsa banjir di Teluk Intan meningkat kepada 359 orang setakat 8 pagi ini berbanding 336 orang malam tadi dengan sebuah lagi pusat pemindahan banjir dibuka di Masjid Jamek Air Hitam.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Hilir Perak Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata sebanyak 23 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan itu manakala mangsa yang berada di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong kekal 336 orang.

“Banjir berlaku pada 4.30 pagi tadi berpunca daripada limpahan air dari Sungai Batang Padang berikutan berlaku banjir kilat di Trolak Pekan petang semalam,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya paras air Sungai Bidor mencecah 15.75 meter dan penduduk yang terjejas adalah daripada dua kawasan penempatan iaitu Kampung Air Hitam dan Kampung Tengah.

Beliau berkata kesemua mangsa daripada 10 keluarga yang berada di Masjid Jamek Air Hitam terdiri daripada enam lelaki dewasa, wanita dewasa (10), kanak-kanak lelaki (dua), kanak-kanak perempuan (tiga), bayi lelaki (seorang) dan bayi perempuan (seorang).


Sementara itu, mangsa banjir yang berada di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong melibatkan 99 keluarga terdiri daripada 67 lelaki dewasa, wanita dewasa (85), kanak-kanak lelaki (65), kanak-kanak perempuan (54), lelaki warga emas (17), perempuan warga emas (19), bayi lelaki (19) dan bayi perempuan (10).

“Paras air sungai di Changkat Jong meningkat kepada 3.56 meter berbanding 3.31 meter petang semalam. Penduduk yang terjejas adalah daripada empat kawasan penempatan iaitu di Lorong Mesra di Batu 7, Lorong Kedah di Batu 8, Lorong di Batu 11 dan Kampung Batu 9,” katanya.

Kejadian banjir ini adalah yang kedua melanda kawasan Changkat Jong dalam tempoh dua minggu selepas ban Sungai Bidor pecah akibat hujan lebat dan air melimpah ke kawasan penempatan.

Pada kejadian pertama, 14 Nov lepas, sebanyak 56 mangsa banjir dari Lorong Mesra dipindahkan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori