Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Cara Beri Pengajaran...

MEMBUANG sampah merata-rata ikut suka hati masing-masing terutamanya ke luar tingkap kereta sememangnya sudah...

Presiden PKR Dakwa PAS...

SUNGAI SIPUT - Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendakwa...

Gempar Jumpa Cuping Telinga...

Yorkshire - Orang ramai gempar selepas sebelah cuping telinga yang ditindik dengan subang...

Lelaki Singapura Hilang Ketika...

IPOH - Seorang lelaki warga Singapura yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti berkayak...

Jumlah Korban Banjir Kerala Meningkat 445 Orang

KOCHI – Jumlah kematian daripada banjir besar di negeri Kerala, selatan India meningkat kepada 445 orang, hari ini dengan penemuan lebih 28 mayat, ketika air mula surut dan aktiviti pembersihan besar-besaran giat dijalankan.

Kira-kira sejuta penduduk masih bersesak dalam beberapa kem bantuan dan 15 mangsa masih hilang, ketika kerajaan meningkatkan operasi membersihkan rumah penduduk serta tempat awam yang dipenuhi lumpur.

Dalam muat naik di Twitter, Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan berkata, lebih 130,000 rumah terjejas akibat banjir perlu dibersihkan bersama satu per tiga daripada keseluruhan jumlah kediaman terjejas.

Difahamkan, pihak berkuasa juga dalam proses memulihkan sambungan bekalan elektrik.

Penduduk yang kembali ke rumah dinasihatkan supaya berjaga-jaga dengan ular yang hanyut ketika banjir. Pihak berkuasa negeri dan pakar hidupan liar sudah membentuk pasukan untuk membantu mereka yang menemui ular di rumah masing-masing, menurut media tempatan. – AFP/BH ONLINE

Kategori