Jumlah Kematian Letupan Paip Minyak Meningkat 85

MEXICO CITY – Jumlah kematian akibat letupan paip minyak meningkat kepada 85, kata Menteri Kesihatan negara itu semalam.

Menteri berkenaan, Jorge Alcocer berkata, seramai 58 mangsa lagi dimasukkan ke hospital atas pelbagai kecederaan.

Letupan berkenaan berlaku Jumaat lalu apabila kira-kira 800 penduduk setempat di daerah Tlahuelilpan dalam negeri Hidalgo sedang berebut mengambil minyak dari saluran paip yang bocor. – Reuters

Loading...