Judi: Polis Tahan 331 Individu, Sita Wang Tunai RM325,000

KUALA LUMPUR – Polis menahan 331 individu disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian dan merampas wang tunai RM325,000 dalam operasi yang dijalankan di seluruh negara sepanjang minggu lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua tangkapan itu dibuat oleh Unit Tindakan Khas Jenayah Terancang, Skuad Taktikal 3 Perjudian/Maksiat/Kongsi Gelap (STAGG).

“Syabas STAGG @PDRMsia gempur judi seluruh negara, sepanjang minggu lalu. Tangkap 331 orang dan rampas RM325,000 tunai.#GoPDRMGo,” katanya dalam catatan Twitter beliau.

Khalid berkata dalam tempoh sama, STAGG turut menahan 390 pelayan pelanggan (GRO) dan tukang urut dalam operasi gempur maksiat di seluruh negara.

“Syabas STAGG @PDRMsia gempur maksiat seluruh negara sepanjang minggu lalu, tangkap 390 orang GRO dan tukang urut.#GoPDRMGo,” katanya dalam satu lagi catatan Twitter beliau. – BERNAMA

Loading...