Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Rogol Depan Suami, Daging...

TRAGIK... Sepasang suami isteri telah dibunuh dengan kejam di rumah mereka dan sebahagian...

Lebih 1,400 Doktor Kontrak...

KUALA LUMPUR : Seramai 1,497 pegawai perubatan lantikan kontrak meletakkan jawatan atas pelbagai...

Peguam Negara Mesti Beritahu...

PUTRAJAYA - Peguam Negara Tommy Thomas bertanggungjawab untuk memberitahu mahkamah maklumat sebenar mengenai...

PKPB: Hanya Lapan Orang...

PUTRAJAYA - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menetapkan hanya lapan individu dibenarkan...

JSJK Selesai Rakam Percakapan Mohd Isa

KUALA LUMPUR – Proses merakam percakapan bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berhubung isu pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak di sini hari ini selesai setelah mengambil masa lebih lima jam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pasukan penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman selesai merakam percakapan Mohd Isa yang hadir bersama empat pegawainya pada lewat petang ini.

“Ya. Proses merakam percakapan telah diselesaikan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan mengenai waktu sebenar proses itu tamat.

Terdahulu, Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata siasatan sesi petang itu disambung 3 petang tadi selepas berehat tengah hari tadi.

Mohd Isa yang dilaporkan meminta proses itu ditangguhkan semalam hadir ke pejabat JSJK Bukit Aman pada pukul 10.30 pagi tadi.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan pasukan khas untuk menjalankan siasatan berhubung kes kehilangan hak empat bidang tanah Felda di Jalan Semarak.

Pada 21 Dis lepas, media melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarkan bernilai RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.

Mohd Isa menjadi Pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017 dan menjadi Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Jan 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 hingga 2017. – BERNAMA

Kategori