Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Rafizi Rancang Protes GST...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli merancang mengadakan...

Bomba Pastikan Hospital Lama...

IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak sentiasa memastikan lapan hospital...

Sah Semua MP UMNO...

SAHIH... Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan ada surat akaun bersumpah yang beri...

Selangor Rangka SOP Baharu...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan merangka prosedur operasi standard (SOP) baharu untuk...

JPSPN Semak Semula Keperluan Insinerator Di Kepong

PUTRAJAYA – Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) kini sedang menyemak semula keperluan pembinaan insinerator di Taman Beringin, Kepong, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata penetapan lokasi alternatif akan dilaksanakan sekiranya terdapat keperluan mendesak untuk projek tersebut diteruskan.

“Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) prihatin dengan suara rakyat yang menyatakan kerisauan dengan pembinaan insinerator itu. Satu penyelesaian lebih mesra alam akan diguna pakai,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebelum itu, Zuraida menghadiri Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan Ke-72 (MNKT Ke-72) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Insinerator yang dicadangkan dibina di Taman Beringin, Kepong itu mempunyai keupayaan melupuskan 1,000 tan sisa pepejal dari Lembah Klang tanpa melepaskan gas berbau busuk.

Pembinaan insinerator itu juga dapat membantu melupuskan sisa pepejal yang dijangka mencapai jumlah sehingga 33,000 tan sehari menjelang 2020 dari kawasan berkenaan.

Berhubung pembangunan semula Highland Towers, Zuraida berkata Jabatan Insolvensi Malaysia mengesahkan terdapat 150 unit di tiga blok Kondominium Highland Towers, melibatkan 50 unit di Blok A, 50 unit di Blok B dan 50 unit di Blok C.

Katanya status pemilikan yang dikenal pasti adalah Regal Fields Development Sdn Bhd (111 unit), pemilik yang masih memohon pampasan melalui peguam (12 unit), pemilik yang dikenal pasti dan tidak menuntut pampasan (empat unit), unit tidak terjual (dua unit) dan unit tidak dikenal pasti pemilik (21 unit).

Beliau berkata hebahan awam dibuat bermula pada 31 Julai dan berakhir 29 Ogos lepas, untuk mengenal pasti 21 pemilik unit Highland Towers yang tidak diketahui.


“Hasil hebahan dilaksanakan, KPKT mendapati 11 unit mempunyai pemilik, empat unit mempunyai pemilik namun sudah meninggal dunia dan tidak mempunyai waris dan enam unit mempunyai pemilik tetapi tidak hadir,” katanya.

Zuraida berkata mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Semula Highland Towers akan diadakan esok, bagi membincangkan tindakan selanjutnya berkenaan isu pampasan dan hala tuju pembangunan semula tapak kondominium berkenaan.

Beliau berkata Jawatankuasa Pembangunan Highland Towers juga memaklumkan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk menyemak semula notis perobohan bangunan Highland Towers yang dikeluarkan pada 1994, sama ada masih lagi terpakai hingga kini, dan sekiranya tempoh notis perobohan sudah tamat, MPAJ perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk proses perobohan.

Pada 11 Dis 1993, satu daripada tiga blok Kondominium Highland Towers di Taman Hillview, Ulu Klang runtuh dalam tragedi yang meragut 48 nyawa.

Pada Jun lalu, Zuraida berkata KPKT merancang membina projek perumahan bagi golongan B40 di tapak kondominium Highland Towers. – BERNAMA

Kategori