Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Laluan Baharu Daki Gunung...

KUNDASANG - Tinjauan awal bagi mengenal pasti laluan baharu mendaki gunung Kinabalu akan...

Siti Nurhaliza Kembali Beraksi...

KUALA LUMPUR - Selepas 14 tahun, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan...

Polis Tahan 4 Lelaki,...

GEORGE TOWN - Polis menahan empat lelaki yang dipercayai dalam perjalanan melakukan kegiatan...

PAS Tetap Ajak BERSATU,...

KUALA LUMPUR : PAS tetap akan berusaha menjayakan kerjasama tiga penjuru di antara...

JPJ T’ganu Sambut Baik Bengkel Khas Mat Rempit

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menyambut baik langkah Pergerakan Pemuda Umno Negeri untuk mengadakan bengkel khusus menangani gejala rempit di negeri ini.

Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata bagi mencegah gejala berkenaan, semua pihak perlu berperanan dan penguatkuasaannya tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada pihak berkuasa semata-mata.

“Kita sedia bekerjasama dengan pihak terbabit untuk berkongsi idea dan pandangan untuk mengatasi gejala yang tidak sihat ini.

“Gejala mat rempit ini bukanlah elemen penguatkuasaan sahaja tetapi pelbagai pihak termasuk ibu bapa, badan bukan kerajaan, persatuan belia harus memain peranan untuk mencegah dari peringkat akar umbi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan Pergerakan Pemuda Umno Terengganu akan menganjurkan satu bengkel khusus bagi mengkaji formula dan langkah berkesan untuk menanggani gejala pelesit jalanan di negeri ini.


Bengkel yang akan menghimpunkan lebih 50 orang wakil dari pelbagai pihak termasuk ketua kumpulan mat rempit itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Menurut Abdul Rahman, inisiatif yang dilakukan ini dijangka dapat mengatasi gejala merempit dalam kalangan anak muda terutamanya pada sebelah malam sehingga menggangu pengguna jalan raya yang lain.

Katanya kehadiran kumpulan besar mat rempit di beberapa lokasi panas di negeri ini bagaikan hiburan dan lazimnya aktiviti golongan itu pada hari minggu dengan pelbagai aksi merbahayakan akan dipertontonkan kepada penunggang yang lain.

“Kita berharap satu persefaham dapat dicapai sekali gus dapat mengatasi masalah ini dengan segera,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori