Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Ditelan Ular Sawa,...

SEORANG wanita ditelan seekor ular sawa ketika sedang berkebun.Wa Tiba disedari hilang oleh...

PAS: Budaya Politik Matang...

KOTA BAHARU - Benarkah PAS kini berbeza?Apabila pemimpin PAS tampil berpakaian baju Melayu,...

Rozita Che Wan Tegur...

TIDAK keterlaluan kalau kami katakan, isteri Zain Saidin iaitu Rozita Che Wan layak...

Destiny’s Child Ada Akaun...

SEBUT sahaja kumpulan Destiny’s Child, mesti ramai yang terbayang band yang dianggotai tiga...

JPJ Terengganu: 781 Notis Saman Kepada Penunggang

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan 781 notis saman dalam tempoh dua hari Ops Khas Motosikal yang dilaksanakan serentak di beberapa daerah sejak Khamis.

Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata kebanyakan saman melibatkan kesalahan tiada lesen memandu, selain lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

“Operasi khas ini dijalankan di Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun dan Besut,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu, di sini awal pagi tadi.

Operasi itu dijalankan bersama polis, imigresen dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Operasi malam tadi turut menyaksikan dua warga Myanmar berumur dalam lingkungan 40-an ditahan.


“Mereka ditahan kerana tiada lesen memandu selain cukai jalan tamat tempoh dan pemeriksaan lanjut imigresen mendapati mereka tinggal lebih masa di sini,” katanya.

Beliau berkata AADK pula menahan dua daripada 37 penunggang dan pembonceng motosikal yang diperiksa selepas didapati positif mengambil bahan terlarang. – BERNAMA

Kategori