Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Pengarah Syarikat Mengaku Tidak...

KEMAMAN - Seorang pengarah syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd hari ini mengaku tidak...

Dipenjara 5 Tahun Kerana...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas juruteknik kapal terbang dijatuhi hukuman penjara lima tahun...

32 Tukang Cuci Warga...

GEORGE TOWN - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menahan seramai 32 tukang...

Nik Jaafar Penerima Anugerah...

PUTRAJAYA – Tokoh agama dan guru al-Quran Datuk Nik Jaafar Nik Ismail dinobatkan...

JPJ Terengganu Pantau LPT 2 Sepanjang Musim Perayaan

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu akan menempatkan 90 pegawai dan anggotanya di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) bagi meningkatkan rondaan sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.

Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata mereka akan menjalankan rondaan secara bergilir-gilir bermula pukul 10 malam hingga 3 pagi.

Katanya langkah itu bagi memastikan pengguna lebuh raya tersebut lebih peka dan berhati-hati ketika menggunakan laluan sepanjang 184 kilometer berkenaan.

“Sepanjang musim perayaan ini kawasan LPT antara lokasi yang diberi tumpuan berikutan jangkaan pertambahan kenderaan sepanjang tempoh itu.


“Selain itu ia juga dapat menaikkan tahap kesedaran pengguna jalan raya terhadap keselamatan dengan meningkatkan persepsi ditahan ketika melakukan kesalahan,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Abdul Rahman turut mengingatkan pemandu yang menggunakan lebuh raya tersebut agar berhati-hati dengan haiwan liar yang berkeliaran bagi menggelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.

Katanya pihaknya juga akan meneruskan ops penyamaran pada musim perayaan ini sebagai penumpang bas atau orang awam bagi mencegah salah laku pemandu selain mengadakan pemeriksaan di depoh bas ekspres. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • LPT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori