Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Germanwings: Co-Pilot Masukkan Ubat...

MAKLUMAT terbaharu yang dikumpulkan oleh pasukan penyiasat nahas pesawat Germanwings mendapati, terdapat kemungkinan...

Ebit Lew Didakwa Termasuk...

TENOM : Pendakwah terkenal, Ebit Lew, hari ini dihadapkan di mahkamah, di sini,...

Brazil Rampas 1.3 Tan...

SAO PAULO - Pihak berkuasa Brazil berjaya merampas 1.32 tan metrik kokain dari...

Halang Masuk Pendatang Islam:...

ISNIN lalu, Presiden AS Donald Trump meraikan kemenangan dasar Islamophobia yang dilaksanakan rejimnya...

Tumpu 7 Kesalahan Utama, Lebih Muatan – JPJ Sarawak

SARIKEI – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak akan memperkasakan lagi penguatkuasaan di negeri itu dengan memberi tumpuan kepada tujuh kesalahan utama lalu lintas dan kesalahan lebih muatan pada tahun ini.

Pengarahnya, Mohd Syafiq Anas Abdullah berkata selain itu turut diberi fokus ialah usaha untuk menurunkan sekurang-kurangnya 50 peratus kemalangan melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

“Pelaksanaan operasi kami pada tahun ini adalah secara strategik dan berfokus dengan memberi tumpuan kepada kes-kes tujuh kesalahan utama, lebih muatan serta motosikal,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Bersepadu Bersama Pengarah JPJ Sarawak di sini malam tadi.

Tujuh kesalahan yang dinyatakan itu melibatkan memandu di lorong kecemasan, memandu di lorong kanan secara berterusan bagi kenderaan berat, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tidak memakai tali pinggang keledar, gagal mematuhi lampu isyarat, memotong di garisan berkembar dan memandu melebihi had laju.

Turut serta dalam operasi itu ialah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan, PUSPAKOM, Agensi Antidadah Kebangsaan dan dibantu pasukan penguat kuasa dari cawangan-cawangan JPJ di Sarawak.


Mohd Syafiq berkata dengan memperkasakan penguatkuasaan tersebut JPJ Sarawak berharap akan dapat meningkatkan kesedaran POBC (Perception Of Being Caught) dalam kalangan pengguna jalan raya di negeri ini demi keselamatan mereka.

Beliau berkata bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini, JPJ Sarawak mengeluarkan 8,579 saman atas pelbagai kesalahan iaitu 3,850 saman pada Januari manakala selebihnya 4,729 saman pada Februari. – BERNAMA

Kategori