Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ibadah Umrah Dibenarkan Semula...

KUALA LUMPUR : Kabinet hari ini memutuskan untuk membenarkan semula umat Islam mengerjakan...

Pelawa Pembangkang Lawan Di...

PADANG RENGAS - Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang membolehkan sesiapa sahaja yang...

Penunggang Motosikal Maut Jatuh...

KUCHING - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terjunam ke dalam lubang...

Tunku Ismail Bukan Wakil...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tanpa berselindung berkata Tengku...

JPJ Rekod 2,655 Kesalahan Sepanjang Op HRA

SEREMBAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan merekodkan 2,655 kesalahan sepanjang tempoh operasi bersepadu sempena Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2018, yang dilaksanakan s ejak 8 Jun hingga semalam.

Pengarahnya, Azrin Borhan berkata dalam operasi itu sebanyak 2,883 kenderaan diperiksa dengan 1,263 kenderaan diambil tindakan.

“Kesalahan paling tinggi sepanjang Op HRA ialah perlesenan kenderaan iaitu 1,211, perlesenan pemandu (893), teknikal kenderaan (204), lebih muatan (130), muatan bahaya (53), tujuh kesalahan utama (47), kesalahan lorong kecemasan (13) dan lain-lain 104.

Kita telah keluarkan 2,150 saman, notis tampal (tiga), notis arah periksa (149), timbang bagi kenderaan berat (60), sita (46) dan notis PG 1 (larangan penggunaan sesebuah kenderaan) sebanyak 81,” katanya di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam operasi bersepadu Penguatkuasaan Khas Sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2018 di Tol Senawang, di sini.

Sementara itu, dalam operasi malam tadi, Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri melakukan 56 pemeriksaan dan mengeluarkan notis arah periksa kepada empat kenderaan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pula memeriksa 238 individu dan mendapati 14 positif dadah.


“Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri melakukan 18 pemeriksaan sementara Jabatan Imigresen Malaysia negeri (JIM) membuat 22 tangkapan kerana tidak mempunyai dokumen sah,” katanya.

Operasi bersepadu empat jam bermula 8.00 malam itu disertai 130 pegawai dan anggota daripada JPJ, AADK, JAS, JIM, JKDM, Jabatan Keselamatan Jalan Raya, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. – BERNAMA

Kategori