Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tunggu Permintaan Rasmi India...

KUALA LUMPUR - Penceramah Islam terkenal, Dr. Zakir Naik berhadapan risiko diusir pulang...

Najib Fail Rayuan Keputusan...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfailkan...

PAS Gembira PAN Tidak...

KUALA LUMPUR - PAS gembira Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP tidak mendapat...

5 Kanak-Kanak Terselamat Rumah...

KUCHING - Tiga belas termasuk lima kanak-kanak terselamat dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah...

JPJ Perlis Saman 10,341 Pemandu Sepanjang 2016

KANGAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis menyaman 10,341 pemandu kerana melakukan pelbagai kesalahan hasil daripada 24 operasi dijalankan sepanjang tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Sabry Ahmad daripada jumlah itu, sebanyak 4,705 kes (45.49 peratus) tiada cukai jalan dan insurans manakala 2,895 (27.99 peratus) memandu tanpa memiliki lesen.

“Operasi dilakukan bertujuan mengurangkan kemalangan dan mendidik pemandu membudayakan pemanduan berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya,” katanya kepada pemberita bersempena ‘Ops Jalan Tahun Baharu’ di Seriab di sini, malam tadi.

Sabry berkata JPJ turut menyaman 173 kenderaan Thailand dan menyita 28 kenderaan klon sepanjang tahun lepas.


Mengenai kemalangan, beliau berkata Perlis mencatatkan 1,035 kes kemalangan dalam tempoh enam bulan pertama tahun lepas yang mengorbankan 36 nyawa.

Dalam Ops Jalan Tahun Baharu selama empat jam bermula 8 malam itu, sebanyak 103 pemandu disaman manakala tiga penunggang motosikal yang dikesan positif syabu ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang turut menyertai operasi itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori