Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Portal FMT Minta Maaf...

SELEPAS teruk dikutuk pelbagai pihak termasuk Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid sendiri, akhirnya...

24,290 Rumah Berdaftar Bebas...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 24,290 rumah telah didaftarkan sebagai Rumah Bebas Tanpa Amalan...

Zahid Mahu Bertemu Wartawan...

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi pilihan...

LHDN Bangunkan Aplikasi Mobile...

PUTRAJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) membangunkan aplikasi mobile semakan Bantuan...

JPJ Akan Terus Sita Kenderaan Sapu

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan tegas menyita ‘kenderaan sapu’ terutama di kawasan sempadan bagi mengelak aktiviti itu daripada berleluasa.

Pengarah Penguat Kuasa JPJ Datuk V. Valluvan Veloo berkata pihaknya telah mengesan aktiviti itu di kawasan sempadan yang mana pemilik dan pemandu kenderaan telah melanggar syarat permit pengedaran antarabangsa yang dikeluarkan pihak berkuasa.

“Sebelum ini, kita menahan kenderaan terbabit dan pemilik atau pemandu perlu membuat pembayaran kompaun sebelum dilepaskan. Tetapi selepas ini kita akan terus menyita kenderaan supaya mereka sedar JPJ serius membanteras aktiviti ini.

“Selain itu, kita juga akan melaksanakan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) di mana semua kenderaan asing yang masuk ke negara ini perlu didaftarkan bagi membolehkan JPJ mengawasi pergerakannya. Pelaksanaan VEP itu dilihat dapat mengurangkan jumlah pelanggaran undang-undang negara,” katanya hari ini.

Beliau yang ditemui selepas Program Taklimat JPJ di sini berkata dalam operasi khas di sempadan Kedah-Thailand pada Jumaat lalu hingga pagi ini, pihaknya telah menahan 24 van dari negara jiran di sekitar Alor Setar, Gurun dan Changlun yang membawa masuk dan keluar penumpang ke negara ini secara haram.

“Sebanyak 24 van telah ditahan yang melibatkan jumlah kompaun sebanyak RM12,300. Van ini ditahan selepas melanggar syarat permit pengedaran antarabangsa (ICP) dan tidak mempunyai perlindungan insurans.

“Kita dapati terdapat rangkaian sindiket antara negara jiran dan negara kita di mana mereka menggunakan transit tersembunyi untuk membawa masuk dan keluar penumpang bagi mengelak dikesan penguat kuasa.


“Tindakan tegas perlu dilaksanakan kerana telah menyebabkan pengusaha kenderaan awam berlesen mengalami kerugian,” katanya.

Sementara itu, Valluvan berkata Skuad Khas yang ditubuhkan awal tahun ini bagi mengesan kenderaan klon telah berjaya menahan 21 kenderaan pelbagai model sepanjang tempoh empat hari operasi khas yang dijalankan di Kedah.

“Semua kenderaan itu ditahan di sekitar Sungai Petani dan Kulim membabitkan anggaran nilai RM420,000. Bagi tangkapan seluruh negara bermula 1 Jan sehingga hari ini, sebanyak 100 kenderaan dengan nilai RM2 juta ditahan Skuad Khas ini.

“Saya nasihatkan orang ramai yang ingin membeli atau telah memiliki kenderaan klon untuk membuat pemeriksaan di mana-mana pejabat JPJ bagi memastikan pendaftaran kenderaan yang mereka miliki itu wujud bagi mengelak daripada ditahan penguat kuasa,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]4uZ4PjcdlSo[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • JPJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori