Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Polis Gari Budak Ketakutan...

SEBUAH pertubuhan kebajikan dan kesedaran awam di Amerika Syarikat, The Free Thought Project...

Cadangan Wujudkan Taman Industri...

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang mewujudkan taman industri halal nasional dalam usaha memperkembangkan...

Video: Cabut Lari Lepas...

GEORGE TOWN - Seorang penunggang motosikal dirakam melarikan diri selepas melanggar seorang wanita...

Tambak Laut Teluk Muroh:...

LUMUT - Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung isu...

JPAM Akan Tubuh APM Laut September Depan – Shahidan

KUALA LUMPUR – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan menubuhkan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Laut pada 1 September depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim.

Beliau berkata penubuhan APM Laut yang bertujuan meningkatkan tahap keselamatan di perairan negara daripada jenayah penyeludupan dan lanun itu, selaras dengan pertukaran nama JPAM kepada APM pada 1 September ini.

“Saya menyasarkan penyertaan lebih 1,000 anggota dalam APM Laut ini di seluruh negara menjelang hujung tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran logo dan pelantikan pegawai bersekutu ‘CDERT-Better Nation’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau berkata pada peringkat permulaan, fokus keanggotaan APM Laut adalah golongan nelayan yang akan turut menjalankan tugas membersihkan pulau, selain menjaga keselamatan perairan negara.

“Mereka akan diberi ilmu ketenteraan, keselamatan dan kesukarelawanan. Buat masa sekarang, ada dua bot terpakai untuk mereka menjalani latihan berkenaan,” katanya.


Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam merangkap Ketua Pengarah APM, Datuk Ogu Salim Omar.

Seramai 26 penerima watikah pelantikan pegawai kehormat dan bersekutu Pertahanan antaranya daripada Risda Security, Sapura dan Seri Pertiwi.

Sementara, 60 anggota Pasukan Tindakbalas Kecemasan Peringkat Komuniti (CDERT)-Better Nation ditubuhkan di peringkat komuniti bagi mencari penyelesaian berkenaan isu keselamatan di tempat kerja. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori