Video: Jom Saksikan Proses Sembelihan Halal Di New York..

Meskipun golongan Muslim merupakan minoriti di New York, tidaklah begitu sukar mencari makanan halal di sana.

Telah tersedia lebih daripada 300 gerai dan restoran halal seperti dilaporkan oleh Halalfocus, sebuah laman yang memberi info tentang makanan halal di dunia.

Jadi bagaimanakah daging halal diperolehi di tempat yang majoriti penduduknya bukan muslim seperti New York?

Atas sikap ingin tahu seorang jurnalis, Dawn O’ Porter singgah ke gerai jalanan The Halal Guys yang terkenal di New York sebelum ke pusat Islam dan seterusnya melawat ke rumah sembelihan yang membekalkan daging halal untuk penduduk sekitar kota metropolitan itu.

Di sana, Dawn telah diberi penerangan bahawa prosedur daging halal di tempat tersebut tidak terhad kepada proses sembelihan sahaja,  ia termasuk menjaga haiwan dengan baik sebelum ia disembelih.

Selepas lawatannya itu, Dawn merasakan bahawa orang ramai juga perlu tahu bagaimana bekalan daging halal diproses sebelum ia dimasak dan dihidangkan supaya mereka tidak membazirkannya begitu sahaja.

Ikuti pengalaman menarik Dawn di bawah !

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Loading...