Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Harap Kerajaan AS...

JOHOR BAHRU - Malaysia berharap supaya kerajaan Amerika Syarikat (AS) menerima penjelasan yang diberikan pihak...

Warga Malaysia Dikecualikan Cukai...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia bakal dikecualikan sepenuhnya daripada dikenakan Cukai Pelancongan yang...

Terengganu Semakin Tempah Tiket...

KUANTAN - Terengganu semakin hampir menempah tiket ke Liga Super musim depan apabila...

DSV ‘Seru’ Datuk CT...

SELEPAS lagu I Am Me nyanyiannya menjadi tular, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida...

Jokowi Pilih Erick Thohir

JAKARTA – Presiden Indonesia Joko ‘Jokowi’ Widodo mengumumkan pelantikan Erick Thohir sebagai pengurus kempen pilihan rayanya, susulan kejayaan ahli perniagaan bilionair itu mengendalikan Sukan Asia yang berakhir baru-baru ini.

Erick yang juga pengerusi kelab bola sepak Itali, Inter Milan ditugaskan mengetuai jawatankuasa Sukan Asia pada 2015.

Pelantikan itu dibuat ketika timbul kebimbangan mengenai kos pengendalian acara sukan itu yang semakin meningkat, selain lokasi penganjuran yang gagal disiapkan mengikut jadual.

“Seperti anda semua tahu, ketua pasukan kempen kebangsaan, Erick Thohir adalah ahli perniagaan berjaya.

“Beliau memiliki pelbagai rangkaian perniagaan, termasuk media, kelab bola sepak dan kelab bola keranjang.

“Sudah jelas apa sahaja beliau ketuai akan membuahkan kejayaan,” katanya pada sesi taklimat media yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen, kelmarin.


Erick yang juga pengerusi kumpulan Mahaka turut memiliki akhbar Republika dan beberapa stesen radio, serta mempunyai pegangan dalam pasukan bola sepak Amerika Syarikat, DC United.

Beliau turut menjadi sebahagian konsortium yang membeli pasukan bola keranjang Philadelphia 76ers. – Reuters/myMetro Online

Kategori