Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Trafik Perlahan Di Beberapa...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat 9 pagi...

Gol Tunggal Razie Cerahkan...

KUALA LUMPUR - Jaringan tunggal Muhammad Razie Abdul Rahim berjaya menghidupkan peluang Malaysia...

Puasa, Ibadat Ramadan Lebih...

KUALA LUMPUR - Kurang dua minggu lagi sebelum seluruh umat Islam bakal menjalani...

Zionis Musnahkan 59 Masjid...

Zionis Musnahkan 59 Masjid Di Gaza Sejak 7 Oktober

JKR Laksana Projek Bernilai RM1.2 Bilion Di Pahang

KUANTAN – Kementerian Kerja Raya menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diamanahkan untuk melaksanakan beberapa projek pembangunan dan infrastruktur semasa bernilai RM1.2 bilion di Pahang, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Dr Roslan Md Taha.

Beliau berkata antara projek itu ialah Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah bernilai RM400 juta, Jambatan Baharu Bandar Kuantan ke Bandar Putra, Tanjung Lumpur di sini (RM180 juta) dan projek Kompleks Ibu Pejabat Mahkamah Syariah Pahang bernilai RM37 juta.

Projek lain ialah Central Spine Road Bentong Bypass bernilai RM578 juta dan Projek Pembinaan Akademi Bola Sepak Negara (Zon Timur) di Gambang, di sini yang dijangka melibatkan kos sebanyak RM20 juta.

“Pelaksanaan projek itu juga secara keseluruhannya akan membantu melancarkan pergerakan trafik serta membuka koridor baharu untuk pertumbuhan ekonomi negeri Pahang,” katanya semasa berucap pada majlis jamuan malam sempena Mesyuarat Pegawai Kanan JKR Malaysia 2017, di sini, semalam.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan timbalannya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.


Hadir sama ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak dan Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mohamad Roslan Harun.

Mengulas mengenai mesyuarat pegawai kanan itu, Roslan berkata mesyuarat itu bertujuan untuk membolehkan semua pegawai jabatan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman, saling bertukar fikiran serta mencetus idea baharu untuk meningkatkan tahap profesionalisme jabatan.

Katanya, jabatan juga perlu sentiasa terbuka kepada pembaharuan kerana transformasi merupakan rencah utama dalam sistem penyampaian memandangkan JKR berdepan dengan kehendak pelanggan dan rakyat yang semakin mencabar pada masa kini. – BERNAMA

Kategori