Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

JIL-UMNO, Indikasi Peremajaan Parti...

Biarpun selepas dibangkitkan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya...

Banyak Negara Bergegas Sekat...

WASHINGTON : Semakin banyak negara bergegas menyekat kemasukan dari selatan Afrika berikutan pengesanan...

Remuk Hati Si Ayah...

BEIJING – Bayangkan bagaimana remuknya hati seorang bapa apabila mengetahui anak perempuannya yang...

PERKESO Bayar Pampasan Mangsa...

BATU PAHAT - Waris kepada mangsa kemalangan jalan raya yang berlaku pada Rabu...

JKN Kedah Sedia Ambulans Udara Bagi Kes Kecemasan

ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mencatat sejarah tersendiri apabila menyediakan perkhidmatan ambulans udara untuk penghantaran pesakit ke mana-mana hospital di negara ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata dengan menggunakan helikopter Airbus H135 9M-DRA, proses penghantaran pesakit bagi kes kecemasan menjadi lebih cepat berbanding menggunakan perkhidmatan pengangkutan air sebelum ini.

“Ianya merupakan sejarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga JKN Kedah kerana buat julung kalinya sebuah hospital dibekalkan kontrak ambulans udara bernilai hampir RM10 juta selama dua tahun bermula 1 Jan tahun ini.

“Ia khusus untuk kegunaan rujukan kes kecemasan dari Hospital Langkawi (HL) ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Hospital Pulau Pinang (HPP) dan hospital yang dikenal pasti berdasarkan keperluan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Katanya, ia telah dilancarkan pada 1 Jan lepas dan buat permulaan seramai 50 warga HL akan menjalani latihan selama dua minggu pertama untuk melatih mereka menggunakan peralatan perubatan yang disediakan di dalam ambulans udara itu bagi proses penghantaran pesakit.

“Perkhidmatan ini akan memudah dan mempercepatkan pelbagai kes dari Langkawi untuk menerima rawatan kecemasan kepakaran yang tidak terdapat di Hospital Langkawi antaranya pembedahan neuro (pembedahan otak), perkhidmatan kardiologi dan kardiotorasik (jantung) serta neonatologi.


Dr Norhizan berkata perkhidmatan ini juga secara tidak langsung akan menaikkan taraf Pulau Langkawi sebagai pulau pelancongan antarabangsa seiring dengan usaha kerajaan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

“Perkhidmatan ambulans udara ini dilihat penting kerana Pulau Langkawi sering menjadi venue pelbagai mesyuarat, majlis dan kejohanan sukan antarabangsa yang diadakan.

Dr Norhizan berkata dengan kejayaan menyediakan perkhidmatan ambulans udara ini dapat mentransformasikan perkhidmatan kesihatan di Kedah dalam usaha merakyatkan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat di negeri ini khususnya penduduk Langkawi. – BERNAMA

Kategori