Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hull Dipilih Lokasi Bogel...

LONDON - Kota Hull di utara England berjaya dipilih sebagai lokasi berikutnya untuk...

Pemuda UMNO Desak Siasat...

SHAH ALAM - Pergerakan Pemuda UMNO Selangor menggesa pihak berkuasa menyiasat Menteri Sumber...

Tonggak Sukma Ganti Import...

PETALING JAYA : Johor Tigris tidak panik dengan penarikan diri pemain import dari...

Bebiri Faham Bahasa Inggeris...

SYDNEY — Sebuah ladang ternakan di negeri New South Wales, Australia, bakal didakwa...

JKM Sedang Teliti Laporan Kajian Unicef

KUALA LUMPUR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang meneliti laporan kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) bertajuk ‘Kanak-Kanak Pinggiran: Kaji selidik mengenai kemiskinan dan penafian hak kanak-kanak bandar di rumah pangsa di Kuala Lumpur’, diterbitkan pada 26 Feb lepas.

Ketua Pengarahnya Mohd Fazari Mohd Salleh berkata JKM akan bekerjasama dengan Unicef bagi memperincikan dapatan kajian itu yang mendakwa kanak-kanak menetap di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negara ini dikenal pasti kelompok paling ramai mengalami masalah bantut dan kurus.

Beliau berkata pihaknya mengambil serius setiap data kaji selidik setebal 76 muka surat yang dikumpul daripada 966 ketua isi rumah dan 2,142 kanak-kanak dari 17 lokasi berbeza di sekitar ibu kota dan Petaling Jaya, Selangor itu.

“Tindakan awal JKM ketika ini ialah mendekati golongan terbabit menerusi program Kembara Kebajikan 1Malaysia yang bermula 1 Mac lalu hingga hujung bulan ini.

“Program melibatkan penyertaan golongan masyarakat, sukarelawan, pemimpin setempat, pihak kerajaan dan swasta itu akan mencari mereka yang layak menerima bantuan JKM,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menjadi tetamu program Nine11 terbitan Bernama News Channel, di sini hari ini.

Hasil kajian dibentangkan ketua penyelidik yang juga pakar ekonomi DM Analytics Dr Muhammed Abdul Khalid itu turut menyatakan 99.7 peratus kanak-kanak di flat kos rendah di Kuala Lumpur hidup dalam kemiskinan.


Lebih mengejutkan, dapatan kajian mendedahkan kadar kebantutan di Malaysia lebih teruk dari Ghana, walaupun negara lebih kaya dan maju daripada segala aspek.

Mohd Fazari berkata JKM akan menyiasat dakwaan itu selain mencari kebenaran sebaliknya kerana dikhuatiri memberi gambaran tidak baik kepada negara.

“Kita tidak menolak dapatan kajian dilakukan Unicef ini, namun pada masa sama mahu mengetahui bagaimanakah kajian ini dijalankan kerana dikhuatiri tidak menyeluruh atau bukan satu perbandingan bersifat ‘apple to apple’,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori