Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

KKM Tampil Akaun Khas...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuka satu akaun khas COVID-19 bagi membolehkan orang...

Tunggu 4 Tahun Lagi...

PENYANYI Ara Johari memberitahu dia meletakkan sasaran empat tahun lagi untuk mula serius...

Kostum Pilihan Selebriti Hollywood...

SABAN tahun pada tanggal 31 Oktober perayaan Halloween disambut meriah kebanyakan penduduk di...

Anjing Baik Hati Bantu...

SATU rakaman video yang menunjukkan seekor anjing gembala Jerman cuba membantu seekor anak...

JKM Beri Kaunseling Kepada 56 Mangsa Gempa Sabah – Rohani

KUNDASANG – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah memberi khidmat kaunseling kepada 56 mangsa gempa bumi di Sabah sejak insiden itu berlaku pada 5 Jun lalu, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Katanya mangsa berkenaan terdiri daripada penduduk kawasan gempa bumi itu dan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian gempa bumi itu.

“Kami ada pasukan kaunseling dan setakat hari ini pasukan itu telah memberi kaunseling dan bimbingan kepada 56 orang yang terdiri daripada mangsa, penduduk dan anggota keluarga mangsa yang terkorban semasa gempa bumi itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat penduduk Kampung Kiau Taburi Rabu malam.

Sehingga Isnin, 54 gegaran susulan direkodkan Jabatan Meteorologi selepas gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang berpusat di Ranau pada 7.15 pagi Jumaat lalu.

Mengenai lawatannya ke rumah balu mendiang Joseph Selungin, malim gunung yang terkorban dalam gempa bumi itu, Rohani berkata kedua-dua anak lelaki mendiang, masing-masing berusia satu dan empat tahun, akan diberi bantuan bulanan sebanyak RM100 sehingga kedua-duanya mencapai umur 18 tahun.

“Selain itu kami juga akan membantu balu mendiang, Rozitah Daimin, 27, dengan memberi kursus apa sahaja bentuk kemahiran yang diminatinya. Saya telah bercakap dengan Rozitah dan beliau berminat mengikuti apa sahaja kursus kemahiran untuk menyara kehidupan selepas kehilangan suaminya yang merupakan tulang belakang mereka sekeluarga,” katanya.


Sementara itu, ibu Rozitah, Seibit Longkou, 58, berkata beliau sekeluarga sangat berterima kasih kepada semua pihak yang berbesar hati memberi pelbagai bentuk bantuan kepada anaknya.

Walaupun bantuan itu tidak mampu menghilangkan kesedihan selepas kehilangan orang tersayang namun sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban mereka sekeluarga, katanya. – BERNAMA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori