Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

CCRIS Berjaya Buat Lebih...

PETALING JAYA - Langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyenaraikan nama...

Raja Thailand Ditembak Peluru...

BERLIN - Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn menjadi sasaran dua budak nakal tempatan yang...

Nelayan Dibebas Terhutang Budi...

SEPANG – Nelayan dari Malaysia yang tiba di tanah air hari ini, setelah...

Nak Ambik Gambar Tetek...

Muka budak dalam gambar di atas memang cantik.Cuma perangai ada sikit pelik la...Kalau...

Jerebu: Pendapatan Nelayan Perlis Terjejas

KUALA PERLIS – Jerebu yang semakin tebal melanda perairan Perlis menyukarkan hampir 1,500 orang nelayan negeri ini keluar mencari rezeki.

Ramai antara mereka tidak keluar menangkap ikan sejak tiga empat hari lepas kerana jerebu menyukarkan penglihatan melebihi jarak 500 meter.

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 800 nelayan Kuala Perlis dan hampir 700 nelayan Kuala Sungai Baru dan Kuala Sanglang terpaksa mencari alternatif lain jika jerebu tidak beransur pulih.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Perlis, Mat Hassan hasil tangkapan berkurangan lebih separuh dari kebiasaan menyebabkan harga ikan agak mahal.

Katanya keadaan itu ketara sejak empat hari lepas apabila jerebu beralih ke kawasan di utara Semenanjung dan hari ini jerebu semakin tebal.


“Nelayan hanya berani menangkap ikan di kawasan tidak lebih dua kilometer dari pantai walaupun biasanya mereka menangkap di kawasan melebihi lima kilometer kerana bimbangkan keselamatan akibat pemandangan kurang jelas,” katanya.

Mat berkata para nelayan bagaimanapun masih dapat bertahan kerana kerajaan memberi mereka elaun sara hidup RM300 sebulan yang digunakan bagi menampung perbelanjaan harian.

“Nelayan yang masih hendak keluar menangkap ikan perlu lebih berhati-hati agar tidak berlaku insiden seperti pelanggaran dengan bot atau kapal serta tersasar haluan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori