Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Tutup Peluang Kartel Buat...

PUTRAJAYA: Sistem pengeluaran bekalan makanan di setiap peringkat perlu dibuat kawalan bagi mengelak...

Bilik Khas Wakil Rakyat...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen akan disediakan bilik khas di Dewan Rakyat sebaik...

Bawa Kanak-Kanak, Peserta Himpunan...

KUALA LUMPUR - Peserta Himpunan 355 didapati melanggar syarat perhimpunan mengikut Seksyen 4...

Polis Marin Rampas Rokok...

KUANTAN - Seorang lelaki ditahan bersama 58,500 karton rokok seludup yang dianggarkan bernilai...

Jerebu: Landasan KIA Dibuka Semula Untuk Operasi

KUCHING – Landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) dibuka semula untuk operasi penerbangan pada 9.10 pagi ini.

Pengurus Kanan KIA Mohd Nadzim Hashim berkata sebelum ini landasan itu diisytihar ditutup sejak 7 pagi oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan pihak berkuasa lapangan terbang akibat jerebu tebal.

“Pada 9 pagi, terdapat 25 penerbangan yang dibatalkan, membabitkan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia (sembilan pelepasan dan 10 ketibaan) dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) (tiga pelepasan dan tiga ketibaan),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Nadzim berkata pihak berkuasa KIA menjangka beberapa kelewatan dalam pergerakan penerbangan dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

Awal hari ini, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dalam laman Facebook berkata sejak 7 pagi jarak ketampakan di KIA 350 meter dan landasannya diisytiharkan ditutup. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori