Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jambatan Runtuh, Seorang Pekerja...

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja warga Bangladesh yang sedang membina sebuah jambatan di...

Banjir Tidak Halang Rancangan...

KUALA LUMPUR - "Kenyataan bahawa Kelantan wajar tumpukan usaha kebajikan sebelum laksana Hudud...

Bina Sebuah Rumah Dalam...

MOSCOW - Usaha pembinaan sebuah rumah lazimnya memakan masa yang agak lama dan...

“Anugerah Itu Macam ‘Badi’...

MUNGKIN bagi sesetengah selebriti, mereka mengharapkan untuk memenangi anugerah dan ada juga yang...

Jerebu: KKM Edar Penutup Mulut Dan Hidung Di Klinik, Hospital

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengedarkan penutup hidung dan mulut di hospital dan klinik kerajaan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Sarawak susulan tahap kualiti udara yang semakin merosot.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia akan diberikan kepada orang awam yang berisiko terdiri daripada kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung, pesakit jantung dan respiratori serta mereka yang sensitif kepada habuk.

“KKM akan memantau keadaan jerebu dari semasa ke semasa dan edaran penutup hidung dan mulut akan dibuat di negeri-negeri lain apabila keadaan memerlukan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata KKM juga telah bersiap sedia dengan memastikan peralatan dan ubatan bagi rawatan penyakit berkaitan jerebu mencukupi di klinik dan fasiliti kesihatan.

Katanya sebelum keadaan berjerebu bermula, kementerian telah bersiap sedia dengan menyemak pelan tindakan menghadapi jerebu selain menghadiri Mesyuarat Induk Jerebu Kebangsaan yang dipengerusikan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 28 Ogos lepas.

Dr Noor Hisham berkata mesyuarat itu antara lain membincangkan tindakan pencegahan jerebu dan tindak balas kecemasan antara agensi bagi menangani situasi jerebu yang tidak menentu semasa cuaca panas dan kering yang diramalkan berlanjutan sehingga Oktober ini.


Katanya bagi yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata atau jangkitan paru-paru yang kronik, mereka hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah teruk.

“Orang ramai juga diingatkan agar mematuhi nasihat kesihatan semasa jerebu dengan mengurangkan aktiviti luar, sentiasa cuba berada di dalam bangunan dan menggunakan penutup hidung dan mulut sesuai jika terpaksa berada di luar,” katanya.

Tambahnya, orang ramai juga perlu memastikan udara di dalam rumah atau bangunan sentiasa bersih dengan mengurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.

Katanya, ketika memandu, gunakan pendingin hawa dengan memilih mod operasi kitaran udara dalaman, banyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari) dan membasuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan aktiviti luar.

Orang awam boleh mendapatkan langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu di laman web KKM www.infosihat.gov.my atau www.moh.gov.my (info kesihatan). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori