Jepun Punyai Rakyat Paling Lama Hidup

SATU lagi cerita menarik mengenai negara matahari terbit yang ingin kami kongsikan lagi.

Di Jepun, masih ada penduduknya yang berusia 100 tahun atau lebih, sekaligus mencatatkan rekod tertinggi baru untuk tahun ke-44 berturut-turut.

Kementerian Kesihatan Jepun berkata, jumlah penduduk berusia sekurang-kurangnya seabad di negara itu bertambah 4,423 orang berbanding tahun lalu, menjadikan jumlah keseluruhan mereka sehingga 1 September lalu seramai 58,820 orang.

Data terkini berkenaan termasuk wanita dan lelaki tertua di dunia yang mendapat pengiktirafan Guinness World Records.

“Daripada jumlah itu, 87.1 peratus adalah wanita,” kata kenyataan itu yang dipetik dari AFP.

Antaranya wanita di Osaka iaitu Misao Okawa, 116, dan Sakari Momoi, 111.

Misao Ookawa telah dinobatkan sebagai wanita paling tua di dunia secara rasminya oleh Guinness World Records. Dia dilahirkan pada 1898, mempunyai tiga orang anak, empat orang cucu serta 6 orang cicit.

Jumlah penduduk berusia 100 tahun atau lebih di Jepun hanya 153 orang ketika kerajaan mula mengumpul data mengenainya pada 1963.  :-MYNEWSHUB.CC

Misao Okawa

Oleh: SYA

Leave a Reply