Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pandemik Covid-19 Masih Belum...

PANDEMIK koronavirus (Covid-19) masih belum berakhir.Amaran itu dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ketika...

The Pocket Rocketman Lakar...

NILAI - Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang mencipta rekod baharu Asia...

Bekas Kakitangan Mahkamah KL...

KUALA LUMPUR – Seorang bekas kakitangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dihadapkan di Mahkamah...

Bicara Kes Rasuah Guan...

GEORGE TOWN – Perbicaraan kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng...

Jenazah Pendaki Dijangka Tiba Di KLIA Sabtu

KUALA LUMPUR – Jenazah Ramli Abd Majid, pendaki warga Malaysia yang maut di Gunung Damavand, Iran pada November tahun lepas, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 10.20 pagi esok.

Jurucakap Kelab Jelajah Alpine (KJA) Mohd Khafiz Bachok berkata pesawat Mahan Air W5083 yang membawa jenazah Ramli dijadualkan berlepas dari Tehran, Iran pukul 10 malam ini (waktu tempatan).

“Alhamdulillah segala urusan dapat dipercepatkan dan sekarang jenazah telah dibawa ke terminal kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khafiz berkata jenazah kemudiannya akan dibawa ke Masjid As-Syakirin, Puchong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 14 di Puchong.

Kementerian Luar pada Ahad mengesahkan mayat yang ditemukan pihak berkuasa Iran di kawasan Gunung Damavand pada Jumaat lepas adalah Ramli yang berusia 44 tahun ketika dilaporkan hilang pada 20 Nov 2016.


Ramli, ketua jurutera sistem di Ibu Pejabat Proton Holdings Bhd, Shah Alam, Selangor bersama seorang lagi pendaki KJA Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, dilaporkan hilang selepas terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain.

Pada 28 Nov 2016, jasad Syed Redzuan ditemukan di kawasan Yakhar Glacier dan jenazahnya dibawa pulang serta dikebumikan di Malaysia. – BERNAMA

Kategori