Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Video: Seram… Lapangan Terbang...

SEORANG netizen menggunakan nama Chiang Mai Elephant di laman Facebook, berkongsi satu rakaman...

Penanaman Pokok Bakau Mampu...

KUALA LUMPUR - Penanaman pokok bakau dilihat langkah terbaik dalam usaha menangani fenomena...

Warga Emas Ditemui Mati...

IPOH - Seorang warga emas yang juga pekerja sebuah tokong di Jalan Gopeng...

Mangsa Bencana Banjir Di...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di pantai timur Semenanjung masih belum reda dengan...

Jenazah Mangsa Pertama Kapal Korek Karam Di Johor Dikebumi

KLANG – Jenazah seorang daripada mangsa insiden kapal korek Ocean Line SC208 yang karam di perairan Pengerang, Johor Rabu lepas selamat dikebumikan hari ini.

Jenazah Raja Mohammad Firdaus Raja Ikram, 23, dibawa ke Masjid Kampung Idaman dekat sini pada kira-kira pukul 12 tengah hari untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan pada kira-kira pukul 1.30 petang.

Abang sulungnya Raja Fuad, 30, berkata, keluarganya redha dengan pemergian arwah dan berada dalam keadaan tenang.

“Ibu kami, Azizah Abdul Aziz, 52, juga lebih tenang sekarang berbanding pada hari pertama kejadian dan dapat menerima apa yang telah berlaku dan bersyukur setelah tiga hari beliau hilang, hari ini dia kembali kepada kami,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengebumian itu.


Raja Mohammad Firdaus merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori