Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kim K Sumbang AS$500,000...

LOS ANGELES - Selebriti rancangan realiti, Kim Kardashian dan keluarganya menyalurkan sumbangan AS$500,000...

PKR NS Harap BN...

SEREMBAN - PKR Negeri Sembilan tidak terkejut jika Barisan Nasional (BN) atau UMNO...

Inilah Gadis Sebenar Di...

INILAH wajah gadis berusia 23 tahun, Anneliese Michel dari Jerman yang dirasuk oleh...

Petua BARU & MUDAH...

SEMUA pasangan yang berkahwin pastinya bersetuju bahawa mengetahui jantina anak merupakan antara saat...

Jenazah Isteri Ketua Polis Negara Selamat Dikebumi

IPOH – Jenazah Puan Sri Azizah Hamdi, isteri Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Melayu Sungai Rapat di sini, hari ini.

Jenazah Azizah, 58, dikebumikan pada 10.30 pagi tadi di sebelah pusara anak lelakinya yang meninggal pada 2007.

Selain waris serta sanak saudara, lebih 1,000 pegawai dan anggota polis serta penduduk setempat hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di pada majlis pengebumiannya.

Antara yang hadir ialah Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Perak Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Datuk Dzulkifli Ahmad dan Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di rumah ibunya di sini pada 1 pagi sebelum dibawa ke Masjid Kampung Melayu Sungai Rapat kira-kira 8.30 pagi untuk disembahyangkan.


Allahyarham Azizah meninggal dunia pada 7.02 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat kanser. – BERNAMA

Kategori