Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pharmaniaga Dapat Lanjutan Bekal...

KUALA LUMPUR: Kontrak syarikat konsesi pembekal ubat-ubatan dan peralatan perubatan, Pharmaniaga Logistic Sdn...

Jabatan Imigresen Sedia Tambah...

RANTAU PANJANG - Jabatan Imigresen bersedia untuk menambah lebih banyak kaunter pengesahan dan...

RON97 Habis Stok, Jadi...

Ekoran permintaan ke atas petrol RON97 yang meningkat mendadak, masih terdapat cerita bahawa...

Dua Lagi Mayat Mangsa...

HUTAN MELINTANG - Dua lagi mayat iaitu seorang lelaki dan wanita mangsa bot...

Jenazah 4 Sekeluarga Warga Singapura Dituntut Keluarga

PORT DICKSON – Jenazah empat sekeluarga warga Singapura, yang maut dalam kemalangan jalan raya di sini semalam, telah dituntut anggota keluarga mereka di Hospital Port Dickson (HPD) dan Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban, hari ini.

Kesemua jenazah itu dituntut pada jam 5 petang ini sebelum dibawa balik untuk disemadikan di tanah perkuburan Islam di Choa Chu Kang, Singapura.

Seorang rakan kepada Rosli Samad, 54, penumpang yang maut dalam kemalangan itu, berkata arwah yang bekerja sebagai mekanik motosikal di negara itu datang ke sini untuk bercuti.

“Saya difahamkan mereka dalam perjalanan pulang ke Singapura semalam. Ini adalah khidmat bakti saya yang terakhir kepada arwah sebagai kawan dan saya telah mengenalinya hampir lapan tahun.

“Arwah mempunyai empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan tetapi kedua-dua anak lelakinya berusia lingkungan 20-an tidak mengikuti arwah bercuti ke sini,” katanya yang tidak mahu dikenali kepada pemberita di perkarangan rumah mayat HPD di sini, hari ini.

Beliau berkata jenazah Rosli dibedah siasat di HTJ manakala jenazah isteri dan dua anaknya di HPD.

Katanya, tiga buah van jenazah digunakan untuk membawa pulang jenazah empat sekeluarga itu ke Singapura.


Selain Rosli, turut maut ialah isterinya Maimunah Sapari, 51, dan dua anaknya Dayana Sarah dan Nor Amalina, masing-masing berumur 18 dan 21 tahun.

Terdahulu, waris mangsa hadir di perkarangan rumah mayat HPD sejak pukul 8 pagi tadi. Mereka bagaimanapun enggan ditemu ramah dan memberi sebarang kenyataan kepada pihak media.

Semalam, empat sekeluarga maut selepas kereta Honda Stream yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori tanpa muatan yang datang dari arah Sepang menuju ke Seremban di jalan Lukut-Sepang.

Lima orang cedera dalam kemalangan itu yang turut membabitkan tiga kereta, sebuah lori dan sebuah motosikal. – BERNAMA

Kategori