Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Pelakon Baru Tolong Timba...

PELAKON Haliza Misbun berasa kesal dengan 'kebanjiran' pelakon baru yang hanya menggunakan nilai...

“Mourinho Tak Mahu Kami...

CHRIS Smalling menjadi tumpuan apabila menjadi jaguh selepas pengurus, Jose Mourinho menggesa para...

Episod Hitam Buli &...

MENYELUSURI laporan harian di dada-dada akhbar, buli dan dera kian menunjukkan trend peningkatan...

Budak Lemas Ketika Ibu...

GARA-gara sibuk bermain telefon bimbit, seorang ibu di China tidak sedar anak lelakinya...

Jemput Semua Rakyat Malaysia Bersama-sama Raikan Deepavali

PUTRAJAYA – Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam menggesa penganut Hindu di negara ini untuk menjemput rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat, bersama-sama meraikan Deepavali dalam semangat sebenar 1Malaysia.

Ketika membuat gesaan itu, beliau berkata sambutan Deepavali, yang menandakan kemenangan atas kejahatan, amat sepadan dan mencermikan perjalanan sesebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Malaysia.

Selain berpeluang mempelajari budaya dan tradisi masyarakat lain, Dr Subramaniam berkata, perayaan ini juga akan dapat mengeratkan hubungan antara kaum.

“Ayuh kita menjemput rakyat Malaysia dari kaum lain untuk meraikan bersama-sama kerana ia akan menjadi peluang untuk memupuk hubungan yang lebih erat dalam kalangan kita.

“Orang ramai perlu memahami makna sebenar Deepavali, yang merupakan kejayaan ke atas kejahatan atau kegelapan dalam kehidupan, sekali gus dapat mengisi kehidupan mereka dengan kebahagiaan,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Deepavali di sini.

Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan, turut menasihati rakyat Malaysia agar makan secara sederhana, pilih makanan yang sihat dan mengurangkan makanan yang kaya dengan lemak dan gula.


“Rakyat Malaysia sering membuat pilihan yang salah dalam aspek makanan semasa musim perayaan. Buatlah pilihan makanan yang betul supaya anda boleh meraikan Deepavali dengan cara yang lebih sihat,” katanya.

Mengenai MIC, Dr Subramaniam berkata, sebagai presiden parti, beliau mempunyai hala tuju baharu bagi parti yang berusia 68 tahun itu demi untuk meningkatkan taraf masyarakat India dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial.

“Parti telah merangka pelan transformasi untuk membawa perubahan besar ke arah menyelesaikan isu dan masalah serta memperbaiki taraf hidup masyarakat India,” katanya.

Deepavali akan disambut esok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori