Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Tiga Maut Dalam Kemalangan...

JOHOR BAHRU - Dua remaja lelaki merupakan antara tiga yang maut dalam kemalangan...

Perhimpunan Haram ‘Black Democracy’...

IPOH - Semua kawasan yang menjadi sasaran utama lokasi perhimpunan haram 'Black Democracy'...

Polis Tahan Sepasang Suami...

JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri dipercayai mengedar dadah jenis ganja ditahan dalam...

Banduan Pondan Seksi Pilu...

BRISBANE — Kisah sedih ini bermula ketika Mary (bukan nama sebenarnya) menginjakkan kaki...

Jemaah Haji Perlu Patuh Kesihatan Kerajaan Arab Saudi

GUAR CHEMPEDAK – Jemaah haji Malaysia dinasihat supaya mematuhi arahan kerajaan Arab Saudi bagi mengelak timbul masalah berkaitan kesihatan sehingga boleh menjejaskan ibadah haji mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan Arab Saudi semalam telah mengumumkan masalah berkaitan penyakit MERS-CoV (Virus Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona).

Beliau berkata oleh itu para jemaah dari negara ini perlu mengambil perhatian mengenai perkara itu termasuk para pengendali rombongn haji dengan tidak membawa rombongan mereka ke tempat yang boleh menjejaskan kesihatan para jemaah.

“Jadi elakkan daripada pergi ke tempat-tempat larangan,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Multaqa Guru-guru Sekolah Pondok Zon Utara di sini hari ini.

Beliau berkata perjalanan jemaah haji Malaysia setakat ini berjalan lancar dengan urusan penerbangan juga tidak menghadapi sebarang masalah.


Pada majlis itu, Jamil Khir menyampai bantuan kepada 14 sekolah pondok di Kedah sebanyak RM3,216,000, sembilan sekolah pondok di Perak (RM1,930,000) dan enam sekolah pondok di Pulau Pinang (RM1,335,000).

Beliau berkata agihan itu datang dari peruntukan sebanyak RM25juta kepada sekolah pondok yang dibentangkan menerusi Bajet 2015. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori