Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

LHDN Sasar 4.2 Juta...

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan sebanyak 4.2 juta pembayar...

Perlu Ada Keadilan Perbincangan...

KUCHING - Perbincangan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu memberi keadilan kepada Sarawak...

Mayat Lelaki Ditemui Bersandar...

PENEMUAN mayat seorang lelaki di bawah jejantas berdekatan Jalan Maarof menggemparkan orang awam...

Tin Biskut ‘Selamatkan’ Nyawa...

KOTA TINGGI - Berpantang maut sebelum ajal. Itu terjadi kepada seorang nelayan yang...

Jemaah Diminta Elak Buat Umrah Sunat Menjelang Masyair

MAKKAH – Jemaah haji, terutamanya yang sudah berusia atau menghidap penyakit kronik, dinasihatkan untuk tidak melakukan umrah sunat ketika menjelang waktu wukuf di Padang Arafah.

Ketua Unit Kesihatan Awam Tabung Haji bagi Musim Haji 1439 Hijrah Dr Suhaila Osman berkata ia adalah untuk mengelakkan mereka daripada mendapat penyakit atau masalah yang boleh menjejaskan kesihatan serta menyukarkan ibadah semasa masyair.

“Kesihatan itu sendiri terdiri daripada dua komponen, iaitu pencegahan, yang mana jemaah perlu menjaga kesihatan dan kedua ialah perubatan, apabila jemaah yang berpenyakit dan pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

“Kita akan memperkasakan jemaah haji agar mereka tahu bagaimana untuk menjaga kesihatan ketika di tanah suci,” katanya semasa ditemui di sini hari ini.

Bagi membantu jemaah haji mencegah diri daripada penyakit, beliau berkata unit Kesihatan Awam yang terdiri daripada pakar perubatan awam, jururawat dan penolong pegawai perubatan akan memeriksa buku rekod kesihatan jemaah untuk memastikan kesihatan mereka berada pada tahap yang baik.

“Kita akan saring (semasa di tanah air), mana-mana jemaah yang ada masalah kesihatan akan melalui pemeriksaan tertentu dan sekiranya mereka mempunyai masalah kesihatan yang serius, mereka akan dirujuk kepada pakar,” katanya.


Dr Suhaila berkata unit ini juga akan menjalankan beberapa sesi ceramah untuk setiap kumpulan jemaah yang tiba di tanah suci bagi mendidik mereka tentang cara-cara menjaga kesihatan semasa berada di sini.

Beliau berkata selain itu, pasukannya akan turut mengadakan lawatan dari bilik ke bilik untuk melihat sendiri keadaan kesihatan jemaah haji, di samping memberi pendidikan kesihatan kepada individu mengikut masalah yang dihadapi.

Suhaila berkata terdapat kes jemaah yang cuba menyembunyikan penyakit mereka daripada pengetahuan pegawai kesihatan kerana khuatir mereka akan dilarang untuk membuat ibadah haji seperti wukuf di Arafah dan melontar di Mina. – BERNAMA

Kategori